Monday, December 2, 2013

LAPORAN HARI KEDUA KEM BAKAT SUKAN ANGKAT BERAT 2/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh   : 1 Disember 2013
Masa    : 7.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Kompleks MSN Kuala Rompin, Pahang


Hari kedua kem dimulakan seawal jam 7.00 pagi dan dimulakan dengan perhimpunan pagi untuk nyanyian lagu Negaraku dan taklimat daripada jurulatih. Atlet kemudian memulakan latihan di Dewan Angkat Berat dan diberi tunjuk ajar oleh jurulatih-jurulatih. Sesi latihan dilakukan sebanyak 2 sesi iaitu satu sesi di waktu pagi dan satu sesi di waktu petang.

Bagi aktiviti malam pula, sesi suai kenal ataupun "ice breaking" diadakan bagi membolehkan atlet mengenali satu sama lain. Sesi ini dikendalikan oleh urusetia yang dipilih dan berakhir sekitar jam 10.00 malam.

Sekian sahaja bagi hari ini. Terima kasih.

--
SHA'IF BIN BAHARUDDIN
PPA ( P16 )
Cawangan Pelapis

1 comment:

  1. Kompleks MSN Kuala Rompin, Keramat.. Pahang kot..

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.