Tuesday, December 8, 2009

KEM TAHUNAN PELAPIS FUTURE CHAMPION 2009

Pendaftaran (8.00 am – 3.00 pm)

1. Sesi pendaftaran Kem telah berjalan dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah dengan pendafaran rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak urusetia adalah melibatkan seramai 258 orang (172 atlet, 46 jurulatih & 40 urusetia).


Sesi Taklimat oleh Setiausaha Kem (3.00 pm)

1. Sesi taklimat bagi Kem ini telah disampaikan oleh En Mohd Yazid Hj Shoib, Ketua Unit Pelapis Negeri selaku Setiausaha Kem Tahunan Pelapis 2009.

2. Taklimat merangkumi objektif kem, peraturan penginapan & makan, jadual pengangkutan, jadual aktiviti sepanjang kem ini serta pengenalan Ahli Jawatankuasa yang terlibat.

3. Taklimat seterusnya adalah disampaikan oleh En Mohd Nor Izuwan Hj Ariffin selaku Kem Komandan yang mana telah mengambilalih sepenuhnya perjalanan kem ini.

Majlis Perasmian Kem (4.30 pm)

1. Majlis perasmian Kem telah disempurnakan oleh Y.Brs En Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis merangkap Pengerusi Kem Tahunan Pelapis 2009 ini.

Sesi Ice Breaking (8.30 – 10.30 pm)

1. Sesi Ice Beaking ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Konsultan Batu Prima Sdn Bhd yang menampilkan 5 anggota kumpulan.

2. Sesi ini telah berjaya menarik minat semua atlet yang terlibat dimana setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh Konsultan ini membawa pelbagai mesej yang amat berguna untuk diaplikasikan dalam sistem latihan masing-masing.













No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.