Thursday, December 24, 2009

KARNIVAL BERBASIKAL TASMANIA 2009



KARNIVAL BERBASIKAL TASMANIA 2009, TASMANIA, AUSTRALIA

Skuad Berbasikal Program Pelapis Kebangsaan telah bertolak ke Australia pada hari Rabu, 23 Disember 2009 dengan pesawat MH 149 pada jam 935 malam. Skuad ini yang terdiri daripada 3 orang pegawai pasukan dan sepuluh atlet (9 atlet lelaki dan 1 atlet wanita) telah tiba di Melbourne pada jam 8.20 pagi (waktu tempatan).

Skuad ini akan bermalam di Melbourne di rumah atlet-atlet Program Elit yang kini menjalani latihan secara khusus di Melbourne di bawah program latihan jurulatih negara iaitu En. John Beasley. Skuad Elit dan Skuad Pelapis ini akan bertolak bersama-sama ke Launceston, Tasmania dengan pesawat Qantas Airways pada 25 Disember 2009 untuk menyertai Karnival Berbasikal Tasmania 2009 yang akan diadakan di Tasmania mulai 26 - 31 Disember 2009.

Laporan disediakan oleh Amreen
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.