Thursday, December 10, 2009

UPDATES - KEM TAHUNAN PELAPIS FUTURE CHAMPIONS ( 9 DIS 2009)


KEM TAHUNAN PELAPIS FUTURE CHAMPIONS 2009
LAPORAN HARI KE 3 (09.12.2009)


Denda (4.00 am)
Buat pertama kalinya, Kem Komandan telah melaksanakan denda kepada empat (4) sukan iaitu olahraga, angkat berat, memanah dan menembak dimana semua atlet-atlet ini perlu berhimpun seawal jam 4.00 am di Lobi Kolej Ibu Zain. Ini adalah kerana, Kem Komandan kurang berpuas hati dengan tahap disiplin atlet-atlet tersebut sepanjang hari pertama & kedua. Merujuk kepada tindakan Kem Komandan ini, perubahan terhadap tahap disiplin mereka telah menunjukkan peningkatan bermula daripada sesi perhimpunan pagi (6.30 am) sehinggalah sesi latihan dalam kumpulan tamat (10.30 pm).

Perhimpunan Pagi (6.30 am)
Perhimpunan pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Semangat Sepasukan dan seterusnya dengan bacaan doa & ikrar. Kem Komandan telah mengumumkan kepada semua bahawa hari ini adalah dengan rasminya akan bermula SUKAN SEA KE 25 LAOS 2009. Kem Komandan juga memohon agar semua atlet & jurulatih yang menyertai Kem ini untuk berdoa agar atlet-atlet Kontinjen Negara yang berada di Laos memperolehi kejayaan.


Ujian Kecergasan (8.30 am – 12.30 pm)
Ujian kecergasan pada hari ini adalah melibatkan sukan gimnastik artistik (sr) sahaja manakala atlet-atlet gimnastik artistik (jr) hanya dilaksanakan ujian ’morphological’ sahaja. Semua ujian masih dikendalikan oleh Pusat Fisiologi Senam serta bantuan daripada Unit TID, Institut Sukan Negara yang diketuai oleh Cik Tey Woan Jin.


Latihan (8.30 – 11.30 am & 2.30 – 5.30 pm)
Enam (6) sukan yang lain meneruskan latihan di venue-venue berikut:
Memanah                   : Lapang Sasar Memanah UKM
Olahraga                    : Stadium UKM
Angkat Berat             : Dewan Latihan Angkat Berat MSN
Gimrama                    : Gimnasium 2 MSN
Terjun                        : Pusat Akuatik Nasional
Menembak                 : Lapang Sasar Menembak Subang
Tiada sebarang kecederaan yang berlaku semasa semua atlet menjalani latihan di venue masing-masing.


Latihan Dalam Kumpulan (8.30 – 10.00 pm)
Sesi ini kembali dilaksanakan oleh Konsultan Batu Prima Sdn Bhd dengan menampilkan pelbagai permainan yang menerapkan semangat sepasukan diantara ahli kumpulan. 



















1 comment:

  1. Hi, I would like to see more of Gimrama if it's possible. Thanks

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.