Sunday, December 20, 2009

3rd Asian Air Gun Shooting Championship - Doha Qatar - update





Maaf lewat hantar laporan hari ketiga atas sebab dihotel server down dan semalam dijemput oleh Al Syeikh Salman Al Sabah (President ASC &Kuwait) ke jamuan makan malam di Intercontinental Hotel dan balik pkl 11.00 mlm.

Dalam acara hari ketiga iaitu 10m Air Rifle Wanita (Senior, Junior dan Youth (YOG)) di wakili oleh Ayuni (Junior) sementara Izzati Sabki (YOG)

Dalam preliminary round Ayuni telah menembak 394 dan menduduki tempat ke-5 bersama mata dengan penembak Mongolia. Penembak China tempat pertama dengan mata 399 dan penembak Thailand 395 bersama peserta Kazakhstan. Semasa acara final yang mencemaskan kerana pungutan mata yang dekat Ayuni telah berjaya mendapat tempat ke-2 semasa 6th shot tetapi dapat di pintas oleh peserta Kazakhstan dengan perbezaan mata 0.7 semasa shot ke-7 dan ke-8 dan akhirnya Ayuni mendapat tempat ke-3 untuk gangsa, pingat pertama pasukan Malaysia. Manakala Izzati hanya berjaya melepasi mata kelayakan YOG dengan menembak 368 akibat dari masaalah senjata di siri yang pertama dengan menembak 89.

Pasukan Elite pula hanya Siti Suryani berjaya memasuki peringakat akhir dengan pungatan mata 397 dan selepas akhir akhir tamat beliau mendapat tempat ke-4 setelah shoot out dengan penembak Uzbekistan untuk tempat ke-4 dan ke-5. Sementara Muslifah Zukifli ditempat 18 dengan 393 mata dan Shahera ditempat ke-27 dengan mata 388.

Selepas acara penyampaian pingat, sebelah petang PET (Pre-Event Training) untuk acara air pistol lelaki dan atlet wanita buat dry fire di tingkat atas. Atlet balik ke hotel pada pukul 7.30 mlm bersama coaches. Saya dan Pn. Muzli ke jamuan makan malam jemputan Al Syeikh Salman Al Sabah di Intercontinental Hotel dengan pengurus-pengurus negara lain.

Sekian laporan dari Doha untuk hari ketiga pertandingan.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.