Wednesday, December 16, 2009

Kejohanan Perahu Layar Terbuka Kebangsaan KFC-MYA-MILO/NSC 2009

Program : Kejohanan Perahu Layar Terbuka Kebangsaan KFC-MYA-MILO/NSC 2009

Tarikh : 6hb hingga 10hb Disember 2009 (Pulang 11hb Disember 2009)

Venue : Pusat Perahu Layar Kebangsaan, Kuah, Langkawi Kedah Darul Aman

Penyertaan : 8 orang (1 SDO / 1 JSM / 6 Atlet)


Kejohanan perahu layar di sertai oleh seluruh Malaysia dan beberapa negara luar seperti Singapura, Thailand, New Zealand dan lain2. Berlangsung selama 5 hari iaitu bermula pada 6hb sehingga 10hb Disember 2009. Negeri Pulau Pinang menghantar 2 pasukan iaitu Pasukan Sukma yang diketuai oleh JPM Ismail Ghani dan Pasukan Pelapis yang dilatih dibawah bimbingan JSM Muhammad Shah Bin Ismail. Seramai 6 pelayar telah mewakili Pasukan Pelapis Pulau Pinang didalam meneruskan cabaran ke kejohanan ini. Atlet Pelayaran Pulau Pinang telah menyertai 2 acara iaitu Optimist dan Laser 420.

Penyertaan dari Pelapis Pulau Pinang terdiri daripada :-
a) Shahashuhaida Binti Tarmuzi - SDO
b) Muhammad Shah Bin Ismail - JSM Pelayaran
c) Katherine Ong Xian Yean -Atlet Optimist
d) Mohd Amirul Asyraf Bin Fauzi - Atlet Optimist
e) Mohd Amir Bin Pawanchik - Atlet Optimist
f) Mohd Syazwan Bin Abu Suffian - Atlet Optimist
g) Norainisah Binti Ismail - Atlet Laser 420
h) Mohd Hafiz Bin Zuraimi - Atlet Laser 420

SDO telah diberi peluang untuk melihat dari dekat ditengah laut bagaimana race ini berjalan, dimana starting line, dimana boay(point)diletakkan dimana setiap pelayar perlu melalui point2 yang telah diletakkan, melihat juri menjalankan tugas sebagai teknikal dan bagaimana keadaan pelayar ketika kejohanan dijalankan. Terima kasih kepada Jurulatih Negeri Sembilan kerana sudi menumpangkan bot dan memberi peluang melihat lebih dekat sepanjang perjalanan kejohanan ini berlangsung.
Dari segi prestasi atlet, jurulatih telah menetapkan sasaran (ranking) setiap atlet dan keputusan amat kurang memuaskan kerana penyertaan kali ini disertai atlet pelapis kedua yang baru (2nd team) kerana atlet pelapis yang pertama (1st team) telah terpilih memasuki skuad latihan Sukma 2010 pada bulan November 2009 yang lalu. Mereka ialah Muhammad Hasbullah, Mohd Qayyum, Muhammad Shahrul Aiman, Geh Chiew Lin, Koe Sin Yee dan Mohd Shahfimi. Berharap pada tahun hadapan prestasi atlet dapat dipertingkatkan dan mencapai sasaran (ranking) yang ditetapkan. Maklumat penuh prestasi atlet seperti dilampiran. Semoga tahun hadapan prestasi atlet dapat di tingkatkan dan kejohanan ini merupakan penyertaan terakhir bagi atlet pelayaran pelapis.Jumpa di tahun hadapan dengan semangat yang baru dan semoga mendapat mencapai sasaran yang disasarkan.

Sekian, terima kasih






Laporan disediakan oleh : Shahashuhaida Binti Tarmuzi

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.