Wednesday, December 9, 2009

UPDATES - KEM TAHUNAN PELAPIS FUTURE CHAMPIONS - HARI KE-2 (8 DIS 2009)

Perhimpunan pagi (6.30am)

Perhimpunan pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Semangat Sepasukan oleh atlet dan jurulatih yang berhimpun pada pagi itu dan upacara diteruskan dengan bacaan doa dan juga ikrar. Selesai upacara tersebut, kem komandan memberikan taklimat ringkas mengenai perjalanan kem pada hari ini sebagai makluman dan peringatan kepada semua atlet dan jurulatih.

Ujian kecergasan (8.30am - 12.30pm)

Ujian kecergasan pada hari ini adalah melibatkan 2 jenis sukan iaitu sukan angkat berat dan olahraga sahaja. Ujian ini dikendalikan sepenuhnya oleh para petugas dari Institut Sukan Negara yang diketuai oleh Pegawai Fisiologi Senam; Cik Tey Woan Jin.

Latihan ( 8.30am - 11.30pm & 2.30 - 5.30pm)

Lima (5) sukan lain yang telah memulakan latihan secara rasmi di venue - venue terpilih:
Memanah     - Lapang Sasar Memanah UKM, Bangi
Menembak   - Lapang Sasar Subang
Terjun          - Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil
Artistik        - Gimnasium 3, MSNM
Gimrama     - Gimnasium 2, MSNM



Sesi ceramah (8.30 - 10.00pm)



Sesi ceramah disampaikan oleh Dr Anuar Suun yang telah menyampaikan topik 'Kesihatan dan Keselamatan Diri' kepada atlet dan jurulatih. Walaupun kesemua atlet nampak dalam keadaan keletihan kerana kali pertama menyertai kem tetapi Dr Anuar berjaya menghiburkan kesemua atlet dalam penyampaian ceramahnya dengan menyelitkan unsur - unsur jenaka.


Sekian.
















No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.