Wednesday, December 23, 2009

3rd Asian Air Gun Shooting Championship - Doha Qatar - update





Pada hari Ke-4, acara 10m Air Pistol lelaki yang di wakili oleh Johnathan Wong dan Choo Wen Yen bagi kategori Youth (YOG Qualifying)

Johnathan Wong berjaya menduduki tempat ke-8 dengan pungutan mata 559 dan masuk final manakala Choo Wen Yen menembak 546 tempat ke-25 dan kedua-duanya melepasi mata kelayakan YOG iaitu 540. Pada acara final Johnathan menembak dengan 93..7 dan kekal dikedudukan tempat ke-8. Acara tersebut dimenangi oleh penembak dari Korea (emas) 577, Chinese Taipei (perak) 574 dan China (gangsa) 567.

Hari ini hari Ke-5, acara 10m Air Rifle wanita yang diwakili oleh Noorerffani (Senior), Wahidah (Junior) dan Izzati Jasni (YOG).

Lapangsasar dipenuhi oleh wanita arab berpakaian hitam saja oleh kerana acara pistol wanita

Noorerfani menembak 374 ditempat ke-14, 4 mata kurang dari no.8 untuk ke final. Manakala acara Junior, Wahidah telah berjaya menembak 379 menduduki tempat ke-3 dibawah penembak China (385) dan Chinese Taipei (382). Dalam acara akhir Wahida jatuh ke-tempat ke-5 selepas shoot out dengan . Acara YOG, Izzati Jasni menembak 345 tidak melepasi kelayakan YOG (355).

Keseluruhan Pasukan Pelapis hanya pulang dengan 1 gangsa dan dari 4 atlet YOG hanya Izzati Jasni tidak melepasi mata kelayakan YOG. Telah minta jurulatih agar menghantar laporan bagi kejohanan ini. Akan buat perjumpaan dengan semua atlet di hotel sebelum check-out.

Flight kami pagi esok jam 1.15pagi dan akan mendarat KLIA pada pkl 1.30ptg.

Laporan ringkas dari Doha, Qatar.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.