Friday, December 18, 2009

3rd Asian Air Gun Shooting Championship - Doha Qatar (YOG Qualifying)





16/12/2009

Semua atlet dan pegawai siap bekumpul di CASA dan bertolak ke KLIA pada pukul 9.10 malam. Kuanter Qatar Airway hanya buka pada 11.30 mlm. Pihak agensi yang menguruskan pasukan negara mendapati pengurus pasukan elit Pn Muzli tiada dalam senarai dan tiket beliau pun tidak ditempah. Namabeliau tiada dalam senarai nama pasukan Elit yang disediakan. Kelulusan membawa senjata dalam pesawat dari pihak Qatar Airway akhirnya berjaya diselesaikan bantuan pengurus penerbangan.

Kami berlepas pada jam 02:30 pagi dan sampai Doha Int. Airport pada jam 5.30 pg. Hampir satu jam setengah menunggu untuk senjata keluar dari pihak keselamatan Doha.

Pasukan Malaysia di tempatkan di Hotel Le Grand Doha dengan penempatan 3 orang sebilik (gambar lampiran ada bilik kami triple sharing dengan dapur dan sofa). Alhamdulillah proses check-in berjalan dengan baik dan lancar dan semua atlet gembira kerana ditempatkan dibilik yang agak besar dan boleh memasak walaupun triple sharing. kami kemudian breakfast dulu di cafe hotel. Mesyuarat ringkas bersama atlet di lobby hotel.

Jam 10 pg, pengurus dan jurulatih menaiki bas yang disediakan ke lapang sasar untuk menghadiri mesyuarat pengurus dan jurulatih. Atlet dikehendaki datang menaiki bas pada pkl 1.45 ptg ke lapang sasar untuk pembukaan kejohanan, weapon check dan official training.

Mesyuarat bejalan dengan baik dan ringkas dan kami terus buat pendaftaran dan pembayaran yuran pertandingan.

Upacara pembukaam berjalan dengan baik dan ringkas kemudian beberapa atlet kena buat weapon check dan daftar event samada senior, junior atau youth (YOG)

Beberapa atlet telah menyertai PET (Pre Event Training) dan jurulatih akan membuat adjustment pada senjata semasa PET.

Tamat pada 5.30petang dan disini maghrib pkl 5.00ptg dan sudah gelap. Kami semua balik ke hotel dan makan malam di hotel.

Hari ini adalah "National Day" bagi Qatar kami akan ke lapang sasar menaiki bas 9.15pg.

Akhir kata sempena awal muharam mendoakan Allah mengampuni dosa dosa yang lepas dan dipanjangkan segala kesihatan dan rezeki kearah ketaqwaan.

Laporan dari Doha, Qatar.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.