Saturday, December 26, 2009

KARNIVAL BERBASIKAL TASMANIA 2009



Salam,

Bersama-sama ini disertakan laporan ringkas program pendedahan skuad basikal PK ke Australia. Maaf di atas kelewatan kerana susah nak dapat 'internet acces' di Tasmania..ditambah pula banyak premis tidak beroperasi kerana menyambut Krismas. Kami dimaklumkan bahawa sebanyak 95% premis hanya beroperasi sehingga pukul 5 petang sahaja. Hari ini skuad PK telah menyertai satu kejohanan di Latrobe. Walau bagaimanapun, keputusan pertandingan secara rasmi untuk semua atlet tidak diperolehi kecuali bagi pemenang pingat.Namun saya akan berusaha untuk mendapatkan maklumat berkenaan secepat mungkin untuk dilaporkan kepada pihak cawangan. Semua atlet PK bertanding kategori senior bersaing bersama-sama dengan semua atlet Elit atas perancangan John Beasley agar atlet-atlet PK mendapat pendedahan terbaik. Sekian

KARNIVAL BERBASIKAL TASMANIA 2009
TASMANIA, AUSTRALIA

25 Disember 2009 (Jumaat)

'SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL BUAT PENGANUT BERAGAMA KRISTIAN DI SELURUH DUNIA KHUSUSNYA YANG BERADA DI MALAYSIA DAN AUSTRALIA'.

Skuad Berbasikal Program Pelapis Kebangsaan (PK) dan Skuad Elit yang 'berkampung' di Melbourne berlepas dengan pesawat Syarikat Penerbangan Jetstar pada pukul 3.25 petang ke Lapangan Terbang Launceston, Tasmania. Penerbangan selama 1 jam 5 minit membawa Skuad PK dan Skuad Elit yang masing-masing terdiri daripada 10 orang atlet 'diketuai nama besar' di dalam arena sukan berbasikal tanahair dan juga antarabangsa masa kini iaitu Azizul Hasni Awang.

Perjalanan sejauh 135 km dari Lapangan Terbang Launceston selama hari hampir dua (2) jam menuju tempat penginapan di Best Western Bass & Flinders Motor Inn di Ulverstone tidak terasa apabila melalui banyak tempat menarik seperti ladang penternakan lembu dan biri-biri serta pertanian yang memukau mata memandang di sepanjang perjalanan. Cabaran pertama menanti skuad ini apabila hampir tiba di tempat penginapan kerana didapati semua kedai di pusat bandar tidak beroperasi kerana menyambut Krismas. Skuad ini akhirnya berhenti di satu-satunya premis yang beroperasi di bandar ini iaitu sebuah stesyen minyak untuk membeli sajian makan malam serta bekalan makanan @ 'feeding' sebagai persiapan untuk memulakan pertandingan pertama keesokannya harinya.

Ketibaan kami dinantikan oleh En. John Beasley serta isterinya Vicki di tempat penginapan. Beliau dan isterinya telah bertolak semalam memandu lori yang berisi muatan basikal dan peralatan pertandingan menaiki menaiki feri yang merentasi perjalanan di laut selama 11 jam untuk sampai ke Tasmania. Satu 'tabik hormat' kepada beliau dan pasangannya kerana komitmen tinggi untuk menyediakan program latihan pendedahan terbaik kepada skuad negara pada sambutan perayaan 'hari besar' yang sepatutnya disambut bersama keluarga dan kenalan rapatnya.

Rupa-rupanya tempat penginapan kami juga turut dihuni oleh skuad TID remaja Victoria. Kami turut dimaklumkan bahawa mereka sedang mengadakan sesi pemilihan untuk skuad negeri berkenaan semasa karnival ini.

Melalui taklimat yang diberikan oleh En. John Beasley, skuad ini akan menyertai lima (5) pertandingan di lima lokasi berbeza di dalam tempoh enam (6) hari mulai hari Sabtu (rehat pada hari Ahad) sehingga hari Khamis @ 31 Disember 2009. Pertandingan hari pertama @ Sabtu ini yang akan diadakan di Latrobe bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 6 petang dan akan menawarkan hadiah wang tunai secara keseluruhannya berjumlah AUD 15,000,00. Seterusnya mulai hari Isnin, pertandingan akan bermula pada pukul 3 petang dan dijangkakan akan berakhir pada jam 11.00 malam.

Ini baru dikatakan berlumba.....

Nantikan laporan lanjut dari Tasmania, Australia !!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.