Wednesday, October 19, 2011

HARI KE-4 KEM BAKAT BERBASIKAL TREK LELAKI PELAPIS 01/2011

SESI PAGI 

8.30 pagi - 10.30 pagi
Kayuhan lebuh raya sejauh 60KM yang mengambil masa hampir 2 jam. Kesemua atlet dapat menghabiskan kayuhan dengan baik tanpa sebarang masalah.

11.00 pagi - 12.00 Tghari
Untuk menajamkan lagi teknik tunggangan, atlet dibawa ke kawasan lapang luar veledrom untuk melakukan teknik cycle handling. Dapat dilihat peningkatan kebolehan mereka berbanding hari pertama mereka melakukan aktiviti yang sama.

SESI PETANG 

3.00 ptg - 4.00 ptg
Pengarah Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara iatu En.Jefri Ngadirin telah sudi hadir dan meluangkan masa untuk melihat sendiri perjalanan program kem ini. Hujan lebat menyebabkan latihan trek terpaksa dilewatkan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan atlet. Dikesempatan itu, satu sesi perjumpaan atlet dan jurulatih bersama tuan pengarah telah diadakan di bilik mesyuarat veledrom. Tuan PCP telah memberikan kata-kata sokongan dan semangat kepada para atlet supaya lebih berusaha supaya menjadi atlet pelapis negara pada masa akan datang. Lebih menarik lagi pada sesi ini, pihak Majlis telah mengundang seorang pelumba negara iaitu Rizal Tisin sebagai idola kem pada kali ini. Rizal telah diberikan peluang untuk bercerita dan berkongsi pengalaman sepanjang beliau menjadi pelumba yang telah mengharumkan nama negara diperingkat dunia. Para peserta kem juga telah menggunakan kesempatan ini untuk beramah mesra dan mendapatkan tips untuk menjadi seorang atlet yang berjaya.  


4.30 ptg - 6.00 ptg
Latihan didalam trek telah dilaksanakan mengikut jadual program yang telah dirancang.


SESI MALAM 

8.30 mlm - 10.30 mlm
Tiada aktiviti untuk atlet kem. Mereka diberikan rehat secukupnya kerana keesokan hari akan diadakan mini pertandingan yang bukan sahaja untuk menguji kemampuan mereka, tetapi juga untuk melihat samada mereka dapat mempraktikan segala teknik yang telah diajar oleh  jurulatih sepanjang kem ini. Di kempatan ini, satu perjumpaan bersama semua jurulatih telah diadakan di bilik mesyuarat MSN Perak. Antara perkara yang dibincangkan adalah permasalahan di negeri, keperluan seperti peralatan dan Sains Sukan. Antara perkara lain yang dibincangkan juga ialah peraturan baru pertandingan PLN yang mempunyai banyak perubahan untuk sirkit yang akan datang ini. Kesemua pandangan dan idea jurulatih diambil kira bagi memastikan kejohanan ini mampu memberikan persaingan sama adil dan sehat diantara Pelapis Negeri, Pelapis Serantau dan Pelapis Kebangsaan. Semua jurulatih telah mendapat persetujuan tentang peraturan baru ini dan akan dipanjangkan kepada Cawangan Pengurusan Acara bagi tujuan pelaksanaan penganjuran.


--
Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.