Wednesday, October 5, 2011

Kejohanan 7th. AASF Asian Age Group Diving C'ships 2011, Jakarta

Hari 3
Tarikh : 05 Oktober 2011
Tempat : Jakarta, Indonesia
Pengurus Pasukan : 1 orang
Atlet : 8 orang (5 Elit & 3 PK)
Jurulatih : 2 orang
Hakim : 1 orang

Kejohanan bermula pada jam 9.30am (waktu tempatan) dengan acara 1m (L) Kump C dan pada jam 11am Majlis Pembukaan telah diadakan dengan disertai oleh 5 orang atlet bagi setiap negara.  Acara bersambung pada jam 11.30am dengan 1m (W) Kump C, jam 12.30pm pula 3m (L & W) Synchro Kump A dan tamat sahaja acara pagi semua kontigen balik ke hotel untuk makan tengahari.  Cuaca di sini sangat panas dan atlet memerlukan air yang banyak untuk tenaga.  Sesi petang dimulakan pada jam 3.30pm acara 1m (L) Open, jam 4.40pm acara 1m (W) Open, 5.20pm gabungan acara platform (L & W) Open dan akhir sekali acara 1m (W) Kump A dijalankan pada jam 6.10pm.

Berikut adalah keputusan atlet Malaysia untuk hari ini :

Acara 1m (L) Kump C
1. Tian Yi Zeng (HK)
2. Muhd. Nazreen (MAS)
3. Hesam Samadi (IR)

Acara 3m (W) Synchro
1. Jasmine Lai/Ling Kar Lam (MAS)
2. Nguyen/Nguyen (VIET)
3. Lo/Chan (MAC)

Acara 1m (W) Open
1. Chan Sharon (HK)
2. Choi Sut Ian (MAC)
3. Yan Yee Ng (MAS)

Acara Platform (L) Open
1. Nasrullah (INA)
2. Pardika Indoma (MAS)
3. Noor Husaini (INA)

Acara penyampaian hadiah dimulakan sejurus acara akhir tamat dijalankan.

Jumlah kutipan pingat :
2 Emas / 2 Perak / 1 Gangsa

Laporan :
NORJIHAN BASHAH

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.