Sunday, October 16, 2011

LAPORAN KEM BAKAT BERBASIKAL TREK LELAKI 01/11

Seperti sedia maklum, Kem bakat berbasikal Trek Lelaki 01/2011 yang dilaksanakan oleh Unit Pelapis Negeri akan bermula pada 14 hingga 20 Oktober 2011. Pada hari ini, para jurulatih dan peserta kem telah melaporkan diri bermula jam 3.00 petang. Hanya seorang Jurulatih iaitu En. Khairul Anuar Bahadun(JSM KEDAH) tidak dapat hadir pada kem kali ini. Seorang SDO Berbasikal dari USPTN JOHOR iaitu En Ed Zambry Ambia juga akan telibat sama pada kem ini.

Bermula jam 8.30 malam, satu taklimat dan perjumpaan bersama jurulatih dan atlet telah diadakan di hotel Fair Park Hotel. Perjumpaan yang sepetutnya diadakan di bilik mesyuarat MSN Perak terpaksa ditukar tempat kerana pada waktu yang sama telah berlangsungnya kejohanan bolasepak di stadium utama negeri menyebabkan jalan ke MSN Perak  mengalami kesesakan jalanraya.

Antara jurulatih yang terlibat pada kem kali ini adalah seperti berikut:-

1. Suod Hussain - Ketua Jurulatih (PK)
2. Eddie Norshamsidi Abdul Rashid - PS
3. Muhamad Affendi Abdullah - Perlis
4. Shahril Abu Bakar - N.Sembilan
5. Mohd Fauzi Hashim - Pahang
6. Rosli Salleh - Kelantan
7. Arif Syukri Ahmad Sabti - Terengganu
8. Hishamudin Mohd Zaki - Perak
9. Mohd Nazri Abd. Nasir - Selangor
10. Zahahri Tahir - P.Pinang
11. Hamdan Yusof - W.P Kuala Lumpur
12. Firdaus Daud - Johor

Secara rasminya, seramai 26 orang atlet dan 12 orang jurulatih telah terlibat pada kem berbasikal kali ini. Dan seramai 22 orang merupakan atlet yang pertama kali terpilih ke kem yang dianjurkan setiap tahun ini. 

--
Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN 

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.