Wednesday, October 26, 2011

Tahniah Wira-Wira Pemanah Negara

Salam 1 Malaysia

Sekalung tahniah buat Nurul Syafiqah Hashim kerana telah melayakkan diri ke Temasya Sukan Olimpik di London 2012 nanti. Kejayaan melayakkan diri ini diperolehi menerusi kejohanan memanah Asia dan kelayakkan Olimpik benua Asia di Tehran, Iran dengan meraih pingat gangsa dalam kelayakan. Tahniah juga buat pemanah Khairul Anuar Mohamad yang lebih awal telah melayakkan diri ke Temasya Olimpik bagi acara berpasukan mendapat pingat emas bagi acara individu lelaki.

Kepulangan wira-wira pemanah negara ini disambut dengan meriah di KLIA dengan kehadiran YBhg Dato' Zolkples Embong Ketua Pengarah MSN, Tan Sri Halil Abdul Mutalif, Presiden Persatuan Memanah Malaysia, Pegawai-pegawai dari persatuan dan MSN.


Perkhabaran gembira melayakkan diri ke Olimpik ini ditambah pula dengan berita  pengumuman dimana Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Malaysia (NAAM) Hj Abd Hamid Hassan yang telah dikurniakan Pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)  oleh DYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato'. Tahniah diucapkan.


Laporan ringkas dari KLIA oleh:

Mohd Nur Izuan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.