Friday, October 7, 2011

Kejohanan 7th. AASF Asian Age Group Diving C'ships 2011, Jakarta


Hari 4
Tarikh : 06 Oktober 2011
Tempat : Jakarta, Indonesia
Pengurus Pasukan : 1 orang
Atlet : 8 orang (5 Elit & 3 PK)
Jurulatih : 2 orang
Hakim : 1 orang

Bagi hari ini pasukan Malaysia hanya ada 2 acara sahaja iaitu jam 9.30am (waktu tempatan) untuk 1m (L) Kump A dan 6.00pm pula untuk acara 3m (W) Open.  Acara pertama disertai oleh Chew Yiwei (PK) dan acara kedua pula Wendy Ng (Elit), walau bagaimanapun, Yiwei diharuskan banyak berehat selepas acara beliau tamat memandangkan beliau mengalami sakit dibahagian tulang belakang semasa menjalani latihan semalam dan bahagian perubatan juga telah mengambil tindakan.

Berikut adalah keputusan atlet Malaysia untuk hari ini :
Acara 1m (L) Kump A
1. Chew Yiwei (MAS)
2. Rashid (KWT)
3. Shakoul (IR)

Acara 3m (W) Open
1. Wendy Ng (MAS)
2. Choi Sue Yan (MAC)
3. Sharon Chan (HK)

Jumlah kutipan pingat :
3 Emas / 2 Perak / 1 Gangsa

Acara esok yang bakal dipertandingkan adalah 3m (W) Kump B - Loh Zhiayi, 3m (L) Kump C - Muhd. Nazreen dan platform synchro (W) Kump A/B - Jasmine Lai/Ling Kar.

Laporan :
NORJIHAN BASHAH
Pengurus PK

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.