Wednesday, October 5, 2011

Kejohanan 7th. AASF Asian Age Group Diving C'ships 2011, Jakarta

Hari 2
Tarikh : 04 Oktober 2011
Tempat : Jakarta, Indonesia
Pengurus Pasukan : 1 orang
Atlet : 8 orang (5 Elit & 3 PK)
Jurulatih : 2 orang
Hakim : 1 orang

Pada jam 9am (waktu tempatan) pasukan menikmati sarapan pagi di cafe hotel.  Jam 10.30am pasukan bertolak ke stadium untuk menjalani sesi latihan pagi pada jam 11am-1pm dan pada waktu yang sama iaitu jam 11am mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan di Bilik Teratai II, tingkat 2- Hotel Aryaduta yang diketuai oleh pegawai delegasi AASF iaitu Mr. Edwin Chong dari Malaysia.  

Sebanyak 14 negara yang mengambil bahagian iaitu :
Kumpulan A - Indonesia, Sri Lanka, Brunei, Japan & Qatar
Kumpulan B - Hong Kong, Malaysia, India & Kuwait
Kumpulan C - Iran, Macau, Singapura, Thailand & Vietnam

Dalam mesyuarat tersebut, semua pengurus diminta untuk pengesahkan nama atlet dan penyertaan untuk semua acara yang dipertandingkan.  Pada sebelah petang semua atlet telah siap untuk bertolak ke stadium bagi sesi latihan dari jam 6pm - 8pm dan pada jam 9pm perjumpaan dengan pasukan diadakan di bilik jurulatih Zhang Wei bagi memaklumkan perkara yang bakal berlaku esok.  Seterusnya pasukan diarahkan merehatkan diri untuk menghadapi hari pertama kejohanan.

Laporan disediakan oleh:-

Norjihan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.