Friday, June 11, 2010

LAPORAN HARIAN SUKMA MELAKA 2010 SUKAN ANGKAT BERAT



TARIKH: 10/06/2010

Mesyuarat Pengurus pasukan bagi sukan Angkat Berat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Ayer  Keroh pada jam 10.00 pagi. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Kejohanan iaitu En. Jamaluddin.

Antara isu-isu yang dibentangkan didalam mesyuarat adalah seperti berikut:

1. SARAWAK: Ingin menukar kategori atlet lelaki daripada kategori 69Kg kepada 77KG. Ahli mesyuarat tidak bersetuju penukaran tersebut dan perkara ini merujuk kepada peraturan pertandingan yang telah ditetapkan.

2. Terdapat pertindihan nama atlet antara negeri PERAK dan PAHANG. Ini adalah kesilapan pihak sekretariat sukma melaka yang telah silap memasukkan data pengenalan atlet terlibat dan ianya tidak dapat dikesan sehingga mesyuarat pengurus. Perkara ini telah  dimaklumkan kepada urusetia sukma dan akan cuba diselesaikan secepat mungkin.

3. Masalah makanan di perkampungan atlet. Makanan tidak mencukupi kerana tidak dikawal oleh pihak katerer. Pihak penganjur akan memaklumkan kepada katerer terlibat supaya mengambil tindakan segera tentang hal ini.


Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN
CAWANGAN PELAPIS
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.