Monday, June 14, 2010

SUKMA 2010: Laporan Pelayaran






Venue: Kompleks Perahu Layar Hang Jebat, Pengkalan Balak, Melaka
Sukan: Perahu Layar
Acara: Optimist Lelaki dan Perempuan

Penyertaan negeri:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Sabah

Pelayar lelaki: 41 Pelayar
Pelayar perempuan: 13 Pelayar
Penyertaan Keseluruhan : 54 Pelayar

Perlumbaan pada hari pertama bermula pada sekitar jam 12 tengah hari apabila angin bertiup agak lewat di venue perlumbaan walaupun para pelayar sudah berada di air pada jam 930 pagi. Cuaca agak panas dan angin bertiup perlahan di peringkat awal, sederhana pada sebelah petang.Perlumbaan pertama menyaksikan hanya 10 daripada 41 pelayar lelaki yang menamatkan perlumbaan. Ini berikutan keadaan arus yang sangat kuat di samping angin yang agak perlahan dan menyukarkan pergerakan para pelayar. Keempat-empat pelayar lelaki negara berjaya menamatkan perlumbaan tersebut dan bersaing hebat sesama sendiri.

Bagi acara wanita pula hanya empat dari 13 pelayar menamatkan perlumbaan pertama. Tiga daripadanya adalah pelayar negara yang mewakili Johor dan seorang lagi pelayar dari Sabah.Angin bertiup sedikit lebih kuat pada perlumbaan kedua dan ketiga. Semua pelayar dapat menamatkan perlumbaan dan persaingan yang lebih hebat terus berlaku di antara keempat-empat pelayar lelaki kebangsaan yang mewakili negeri masing-masing. Negeri tersebut adalah Selangor, Kedah, dan Perak yang menghuni tiga kelompok teratas.Johor yang memiliki empat pelayar perempuan berada di kedudukan yang agak baik walaupun disaingi oleh pelayar dari Sabah di mana kedudukan satu dan empat dimiliki Sabah sementara kedudukan kedua, tiga, lima, dan enam adalah milik Johor.

Kedudukan pelayar Pelapis lelaki selepas tiga perlumbaan:
Ahmad Latif Khan Kedua Kedah
Ahmad Syukri Abdul Aziz Ketiga Selangor
Muhammad Farhan Hamid Keempat Perak
Mohamad Faizal Norizan Kelima Selangor

Kedudukan pelayar pelapis perempuan selepas tiga perlumbaan:
Nurliyana Mohd Latif Kedua Johor
Nuraisyah Jamil Ketiga Johor
Nurul Izzatul Akmar Kelima Johor
Nur Vela Sari Keenam Johor

Kedudukan dijangka berubah apabila perlumbaan individu diteruskan pada hari Selasa (tertakluk pada jadual). Untuk pengetahuan, keputusan perlumbaan percubaan semalam dan perlumbaan pertama hari ini akan dijadikan ranking bagi acara berpasukan yang akan dimulakan esok.

Terima kasih

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.