Monday, June 14, 2010

Mesyuarat Pengurus Sukan Ragbi SUKMA XIII

Mesyuarat Pengurus Pasukan Ragbi SUKMA XIII telah berlangsung di Politeknik Merlimau Melaka pada 14 Jun 2010 jam 3.00 ptg dibilik Mesyuarat Unit Sukan Politeknik yang di pengerusikan oleh DSP Ridzuan Abd Aziz dan turut dihadiri oleh Presiden Ragbi Negeri Melaka Haji Hashim Hj Isa. Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa KDYMM Sultan Johor akan berangkat menyaksikan pertandingan ini pada hari esok 15 Jun 2010.
Isu-isu berbangkit:
1. Cadangan dari pengurus Wilayah Persekutuan untuk membenarkan kesemua pemain simpanan sebanyak lima (5) orang berbanding hanya tiga (3)sahaja dibenarkan mengikut peraturan pertandingan dalam semua perlawanan dan mesyuarat bersetuju dengan cadangan.
2. Pemakaian stokin pendek dibenarkan dalam pertandingan SUKMA ini.
3. Perlawanan akhir sahaja akan dijalankan dalam masa 10 mnt setiap masa dan rehat 2 minit.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.