Thursday, June 10, 2010

Laporan Mesyuarat Pengurus - Sukan Tenis

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan tenis telah diadakan pada jam 3.00 petang di Kompleks Tenis MBMB. Semua pengurus dan wakil hadir. Antara perkara yang dibangkitkan adalah seperti berikut :

1 - Waktu sarapan pagi di perkampungan sukan perlu lebih awal supaya selaras dengan jadual pergerakan bas serta kesesakan di dewan makan. Dicadangkan sarapan bermula jam 6.00 pagi dan bas mula bertolak pukul 630 pagi.

2 - Sesi latihan pagi esok ( 11 Jun ) akan dihentikan pada jam 830 pagi. Jadual boleh rujuk pada papan kenyataan dan tempahan boleh dibuat melalui En Zainal ( kaunter ).

3 - Sistem lampu mungkin kurang memuaskan ( malap sedikit )tetapi pihak penganjur memberi jaminan yang semuanya tiada masalah.

Disamping itu juga, En Azri daripada ISN telah memaklumkan yang pihak ISN sedang menjalankan 'survey' ke atas pemain semasa kejohanan ini berlangsung dan mohon kerjasama daripada semua pihak.
Penyertaan pemain dan :

Perlis - 10 orang
P.Pinang - 10 orang
Perak - 5 orang
Selangor - 10 orang
WP - 10 orang
N Sembilan - 10 orang
Melaka - 9 orang
Johor - 10 orang
Pahang - 4 orang
Terengganu - 5 orang
Kelantan - 5 orang
Sabah - 5 orang
Sarawak - 10 orang
Brunei - 1 orang

Mesyuarat tamat pada jam 4.40 petang


Azrul Hisyam
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.