Monday, June 14, 2010

SUKMA update: Laporan Pelayaran

SUKMA MELAKA 2010

Venue: Kompleks Perahu Layar Hang Jebat, Pengkalan Balak, Melaka

Sukan: Perahu Layar
Acara: Optimist Berpasukan
Penyertaan negeri: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Sabah, Wilayah Persekutuan.

Perlumbaan hari ini adalah perlumbaan berpasukan. Sebanyak 12 pasukan bersaing untuk mendapatkan pingat pertama melalui acara Optimist berpasukan. Perlumbaan dimulakan sekitar jam 11 pagi dengan keadaan cuaca yang agak panas di samping keadaan angin yang tidak stabil dari segi arah dan kekuatan.

Berikut adalah jadual pertemuan pasukan yang telah berlangsung pada hari ini:

FLIGHT 1
WPA vs PER – WPA
SAB vs PAH – SAB
MEL vs PEN – MEL

FLIGHT 2
WPA vs SEL – SEL
KED vs NEG – KED
SAB vs JOH – SAB
PRK vs MEL – PRK

FLIGHT 3
SEL vs KED – SEL
NEG vs PER – NEG
SAB vs PRK – SAB
PAH vs MEL – MEL
JOH vs PEN – JOH

FLIGHT 4
SEL vs SAB – SEL
PRK vs WPA – PRK
KED vs MEL – KED
JOH vs NEG – JOH

FLIGHT 5
KED vs PRK – KED
SAB vs JOH – SAB

FLIGHT Final
SAB vs KED – SAB

FINAL
SEL vs SAB – pertandingan akhir akan disambung esok

Selain itu, di pertengahan pertandingan, angin kencang telah bertiup secara tiba-tiba menyebabkan keadaan menjadi kucar-kacir dan tidak teratur. Pegawai perlumbaan terpaksa membatalkan perlumbaan yang sedang berlangsung dan memberikan isyarat balik ke pantai kerana khuatir aspek keselamatan yang disebabkan oleh angin yang terlalu kuat.

Terdapat pelayar yang terpaksa dihantar ke hospital disebabkan beberapa insiden di luar jangkaan dan kawalan.

Perlumbaan diteruskan bagi acara optimist berpasukan apabila keadaan mula tenang sehinggalah pemenang pingat gangsa diketahui iaitu Kedah. Penentuan pingat perak dan emas akan diketahui esok apabila pertemuan akhir akan berlangsung di antara Selangor dan Sabah. Seterusnya pertandingan individu akan disambung semula.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.