Friday, June 18, 2010

SUKMA update: Pelayaran

SUKMA MELAKA 2010

Venue: Kompleks Perahu Layar Hang Jebat, Pengkalan Balak, Melaka
Sukan: Perahu Layar
Acara: Optimist
Penyertaan negeri:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Sabah, Wilayah Persekutuan.

Acara Optimist individu dimulakan pada jam 1200. Persaingan di antara pelayar Pelapis menjadi semakin hangat apabila masing-masing mempunyai kedudukan yang amat baik di sepanjang perlumbaan pada hari ini.

Ahmad Latif kini mendahului pelayar lain setelah tamat perlumbaan di kedudukan 6, 1, dan 1 sekali gus menyebabkan pelayar muda Selangor jatuh di tempat kedua dengan pencapaian yang agak kurang baik pada hari ini. Ahmad Syukri kekal di tempat ketiga dengan kedudukan 17, 3, dan 7. Farhan turut mencatat keputusan yang amat baik iaitu 1, 2, dan 2 dan membawanya kepada kedudukan keempat. Satu lagi pelayar negara, Mohamad Faizal berada pada kedudukan keenam apabila menamatkan perlumbaan dengan mata yang agak besar.

Bagi acara Optimist perempuan pula, Nurul Izzatul Akmar terus bersaing dengan pelayar Sabah apabila mengumpul 19 mata sehigga berakhir Sembilan perlumbaan. Tiga lagi pelayar Pelapis terus bersaing dengan pelayar dari Sabah apabila kedudukan masing-masing hanya berbeza 1 mata antara satu sama lain.

Berikut adalah kedudukan semasa sehingga selesai sembilan perlumbaan:

Optimist lelaki

1. Ahmad Latif Khan Kedah (PK)24mata
2. Zul Aqir Helmy Selangor (PN)29mata
3. Ahmad Syukri Abdul Aziz Selangor (PK)32mata
4. Muhammad Farhan Perak (PK)33mata
5. Muhd Isa Kedah (PN)47mata
6. Mohamad Faizal Selangor (PK)47mata

Optimist Perempuan
1. Nurul Izzatul Akmar Johor (PK)19mata
2. Nicole Chan Sabah (PN)19mata
3. Connie Rivera Sabah (PN)33mata
4. Nur Vela Sari Johor (PK)34mata
5. Nurliyana Johor (PK)35mata
6. Umi Nor Wahida Kedah (PN)44mata
7. Nuraisyah Johor (PK)50mata

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.