Wednesday, June 16, 2010

Sukma Update: Pelayaran

SUKMA MELAKA 2010
Venue: Kompleks Perahu Layar Hang Jebat, Pengkalan Balak, Melaka
Sukan: Perahu Layar
Acara: Optimist
Penyertaan negeri:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Sabah, Wilayah Persekutuan.

Setelah angin tiba agak lewat, pertandingan akhir acara Optimist berpasukan dapat dimulakan pada jam 1230 di antara Selangor dan Sabah. Apa yang menarik di dalam pertembungan dua negeri ini adalah dari segi kekuatan pasukan masing-masing di mana Selangor mempunyai dua pelayar Pelapis Kebangsaan dan Sabah pula mempunyai kekuatan dari segi taktikal.

Format digunakan bagi menentukan juara adalah melalui 'best of two'. Perlawanan pertama menyaksikan beberapa pelayar Sabah dikenakan penalty selepas isyarat permulaan. Ini disebabkan beberapa undang-undang telah dilanggar dan memberikan peluang kepada pelayar Selangor untuk mendahului perlumbaan dengan kedudukan 1, 2 , 3, dan 8, di mana kedudukan 1, 2, dan 3 sudah cukup memadai untuk memenangi perlumbaan pertama. Pelayar Sabah hanya mampu menyekat kemaraan pelayar terakhir Selangor kerana sedar akan kesukaran untuk memperolehi kemenangan dalam keadaan sedemikian.

Perlawanan kedua dimulakan dengan persaingan yang lebih hebat diberikan oleh Sabah terhadap pasukan Selangor. Kedudukan pelayar juga agak tidak teratur setelah pertembungan berlangsung di sepanjang laluan untuk menuju ke penamat. Bagaimanapun pengalaman dua pelayar Pelapis ternyata membantu Selangor untuk memastikan pelayar Sabah tidak mampu berbuat apa-apa. Perlumbaan tamat dengan keputusan 2-0 dan pingat emas pertama acara pelayaran sah menjadi milik Selangor.

Keputusan:
Emas: Selangor (Faizal Norizan, Ahmad Syukri)
Perak: Sabah (Tiada pelayar Pelapis)
Gangsa: Kedah (Ahmad Latif Khan)
Keempat: Johor (Nurul Izzatul Akmar, Nuraisyah, Nur Vela, Nur Liyana)
Kelima: Perak (Muhammad Farhan)

Acara individu bersambung setelah acara berpasukan selesai. Keadaan angin yang agak perlahan tidak menjadi masalah pada kebanyakan pelayar kebangsaan di mana hampir keseluruhan kedudukan teratas menjadi milik pelayar Pelapis. Selain itu kedudukan tempat teratas turut disaingi oleh pelayar muda Selangor bagi acara lelaki manakala dua pelayar perempuan Sabah bersaing dengan pelayar dari Johor bagi acara perempuan. Berikut adalah kedudukan semasa sehingga selesai enam perlumbaan:

Optimist lelaki
1. Zul Aqir Helmy Selangor (PLN)
2. Ahmad Syukri Abdul Aziz Selangor (PK)
3. Ahmad Latif Khan Kedah(PLN)
4. Muhd Isan Kedah (PLN)
5. Mohamad Faizal Selangor
(PK)
6. Muhammad Farhan Perak (PK)

Optimist Perempuan
1. Nurul Izzatul Akmar Johor (PK)
2. Nicole Chan Sabah (PLN)
3. Connie Rivera Sabah (PLN)
4. Nur Vela Sari Johor (PK)
5. Nurliyana Johor (PK)
6. Nuraisyah Johor (PK)

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.