Friday, June 11, 2010

SUKMA 2010 -Mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan Bola Tampar Pantai

Mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan Bola Tampar Pantai telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh    : 11.06.2010 (Jumaat)
Masa      : 9.30 pagi
Tempat  : Dewan Makan, SMK Bukit Rambai.

Kehadiran:
1. En Wong Tong Hee - Pengerusi Mesyuarat (Su Ekskutif MAVA)
2. En Chin Poh Lud - Delegat Teknikal (MAVA)
3. En Jimmy Tang - MAVA
4. En Hon Kim Nien - MAVA
5. Tn Hj Abidin Hj Bachik - Pengurus Pertandingan
6. En Seow Cheng Yew -  Sekretariat SUKMA Melaka
7. En Nor Ikwan Ismail - MSN
8. En Giam Fook Pang - MSN
9. En Mohd Yazid Shoib - MSN

Pertukaran pemain;
- Keseluruhan pertukaran 7 atlet sahaja:
- Selangor (1 atlet lelaki)
- Kedah (2 atlet lelaki & 1 atlet wanita)
- Perlis (3 atlet lelaki)
Jumlah Atlet 
- Keseluruhan 82 orang; 
- 44 atlet lelaki 
- 38 atlet wanita.

Isu;
- Tiada isu @ masalah berbangkit setakat ini.
Penyediaan makan:
- Semua Pengurus Pasukan berpuas hati dengan kuantiti & kualiti penyediaan makanan.
- Pengambilan makanan diambil sendiri oleh atlet (tidak serve).
- Semua anggota caterer memakai apron, sarong tangan & mask.
Penginapan di SMK Bukit Rambai:
- Semua Pengurus Pasukan berpuas hati penginapan sedia ada.
- Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka akan membuat fogging setiap hari.

Pengangkutan:
- Taklimat kepada semua Pengurus Pasukan / wakil negeri khusus mengenai status jadual pergerakan pengangkutan sepanjang SUKMA akan diberikan oleh pihak JPJ pada malam ini (11.06.2010 / Jumaat) jam 9.00 malam di Dewan Makan SMK bukit Rambai ini.

Jadual Pertandingan:
- Perlawanan pertama akan dimulakan pada 12.06.2010 (Sabtu) jam 8.30 am.
- Perlawanan akhir akan diadakan pada 19.06.2010 (Sabtu) jam 9.00 am.
Kesimpulan:
- Mesyuarat dijalankan dengan keadaan yang 'memuaskan'.
- Status 'seeded' SUKMA 2008 tidak dinyatakan secara khusus dalam Peraturan Pertandingan.
- Pengundian pasukan (pairs) telah dijalankan tanpa bantahan.
Sekian laporan ringkas daripada Tanjung Keling, Melaka (gambar akan menyusul).

Dijemput semua hadir menyaksikan perlawanan.


Azrul Hisyam

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.