Thursday, June 10, 2010

Mesyuarat Pengurus Sukan Berkuda

Mesyuarat telah diadakan di Pusat Ekuestrian Melaka pada
Hari : Khamis
Tarikh: 10 Jun 2010
Jam : 4.30 pm
Mesyuarat telah di pengerusikan oleh En Paramisparan Mariappan, Pengerusi Jawatankuasa Tekninal.

Turut hadir pegawai MSNM, Izuwan Hj Arifin & Azwan Azmi
Isu/Masalah

1. Keadaan gelanggang yang masih belum sempurna dan boleh mendatangkan bahaya kepada kuda dan penunggangnya.

2. Tempat menyimpan kuda tidak ada generator untuk memastikan kuda sentiasa berada didalam keadaan dingin.

3. Untuk event endurance perlu diuji dan semua pengurus akan hadir untuk menguji lampu semasa kejohanan berlangsung. Jika ujian ini gagal maka acara ini akan ditunda.

4. Kuda-kuda utk acara show jumping yang di downgrade perlu berehat selama 24 bulan dan surat perlu dikemukakan sebelum acara dimulakan.

5. Bagi acara Dressage dimaklumkan hanya ada satu hakim saja akan mengadili acara ini dan penganjur mungkin akan menghadapi masalah kerana berkemungkinan terdapat banyak bantahan dari pasukan-pasukan yang bertanding. Penggunaan video akan digunakan sebagai membantu untuk mengemukakan bukti jika ada bantahan.

Mesyuarat berakhir jam 5.00 pm

Sekian laporan dari Izuwan Hj Arifin dari Pusat Ekuestrian Melaka.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.