Sunday, June 13, 2010

Mesyuarat Pengurus Olahraga SUKMA



Mesyuarat Pengurus Olahraga SUKMA


Mesyuarat Pengurus olahraga di adakan pada hari ini (13 Jun 2010) di Stadium Hang Jebat. Mesyuarat bermula tepat jam 10 pagi. Pada keseluruhannya mesyuarat berjalan dengan lancar. Hanya satu isu yang timbul iaitu pertindihan atlet acara lompat Kijang, Norina Damnoen, yang mana nama beliau telah didaftarkan oleh pasukan Wilayah dan Sarawak. Perkara ini mungkin telah terlepas pandang kerana mungkin satu negeri mendaftarkan menggunakan nombor kad pengenalan awam dan satu pasukan lagi menggunakan nombor tentera.

Cik Low Beng Choo telah mempengerusikan mesyuarat pada jam 12.45 tengahhari bagi menyelesaikan masalah ini. Turut hadir wakil dari Sarawak, Wilayah, En. Sofian,En. Ikhwan, En. Shukri Azmi, wakil ketua Teknikal olahraga serta saya sendiri. Setelah menilai semua aspek, keputusan telah dibuat dan Norina sah akan mewakili Wilayah. Keputusan di terima baik oleh semua pihak yang terlibat.

Sekian untuk makluman.

Laporan disediakan oleh Cikgu Harun

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.