Thursday, June 30, 2011
Kejohanan Angkat Berat Remaja Dunia 2011.
Masa :10:00 am
Tempat : Penang International Sport Arena(PISA)
Kejohanan Angkat Berat Remaja Dunia 2011 membuka tirai kejohanan pada jam 10:00 pagi dengan angkatan bagi kategori 48 kg (wanita)kump B dan dikuti dengan kategori 56 kg (lelaki) kump B pada jam 12:30 tnghari. Pada sebelah ptg berlangsung kategori 48 kg (wanita) jam 3:00 ptg dan kategori 56 kg (lelaki) pada jam 5:00 ptg. Untuk acara pada pagi hari ini disertai oleh 3 atlet Malaysia iaitu bagi kategori 48 kg wanita (Azizah Fadil) dan kategori 56 kg lelaki iaitu (Zulhelmi Md Pisol) dan (Mohd Anas Malek).
Syamsul Afzan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kejohanan Angkat Berat Remaja Dunia 2011
29 Jun 2011





Tuesday, June 28, 2011
Kejohanan Angkat Berat World Junior 2011

28 Jun 2011
Kejohanan angkat berat "37th Men - 17th Women World Junior Weightlifting Championships" diadakan di Pulau Pinang mulai 28 Jun hingga 7 Julai 2011. Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada satu kejohanan yang bertaraf tinggi dan merupakan peluang yang amat baik bagi atlet-atlet negara untuk turut bertanding disamping atlet-atlet angkat berat bertaraf dunia. Pendedahan begini amat berharga pada atlet-atlet muda kita.
Seramai 317 atlet dari 53 negara mengambil bahagian pada kejohanan kali ini. Negara-negara yang mengambil bahagian adalah seperti berikut :
1. Albania   2. Armenia   3. Australia   4. Austria   5. Latvia   6. Nauru   7. Tuvalu   8.  Kiribati   9. Papua New Guinea   10. Singapore  11. Dominica Republic   12. Belarus
13. Lithuania   14. Great Britain   15. Tunisia   16. Iraq   17. Slovakia   18. Sweden   19. Moldova   20. Kazakhstan   21. Poland   22. U.S.A.   23. China   24. Malaysia
25. Russia   26. Korea   27. Turkmenistan   28. Indonesia   29. Chile   30. Equador   31. France   32. Vietnam   33. Romania   34. Bulgaria   35. Azerbaijan   36. Egypt
37. Philippines   38. Mongolia   39. Italy   40. Samoa   41. Canada   42. Ukraine   43. Iran   44. Turkey   45. DR Korea   46. Columbia   47. Kyrgystan   48.  New Zealand
49.  Chinese Taipei   50.  Japan   51.  India   52. Spain   53. Thailand
Penyertaan atlet-atlet Malaysia adalah bagi ketegori-kategori berikut:
Lelaki
1.  Mohd Anas Malik          -   56 kg
2.  Zulhelmi Md Pisol         -   56 kg
3.  Mohd Dinie Akmal        -   62 kg
4.  Mohd Fadli                   -   62 kg
5.  Khairul Asnawi             -   69 kg
6.  Kenneth Cory               -   77 kg
7.  Elisha Louis                 -  105 kg
8.  Khoo Jian Peng            - + 105 kg
Wanita
1.  Azizah Fadzil              -   48 kg
2.  Freanceay Titus          -   58 kg
3.  Norsahida Abd Halim   -   63 kg
4.  Khairani Mohd Malik    -   63 kg
5.  Nor Khasida Abd Halim -  69 kg
6.  Nurul Hatimi Azmi        -  75 kg
Mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan pada jam 7.00 petang di Hotel Equatorial. Esok, atlet-atlet Malaysia akan menjalani latihan rasmi pada jam 2.00 petang di PISA.
Sekian laporan untuk hari pertama.
--
Harun Osman
Unit Pelapis Kebangsaan
BENGKEL JURULATIH BERBASIKAL
Tarikh: 28 Jun 2011
Tempat: Dewan Perdana ISN
Peserta: Jurulatih Pelapis Kebangsaan, Serantau dan Negeri
Penceramah: John Beasly, Graham Sears dan ISN
Bengkel sehari ini diadakan susulan keputusan Jawatankuasa Kerja MSN/PKLBM untuk melakukan penstrukturan semula program di pelbagai peringkat. Bengkel anjuran Bahagian Atlet ini mengumpulkan seramai 29 orang jurulatih dari pelapis kebangsaan, serantau dan negeri.
John Beasly selaku ketua jurulatih negara telah menbentangkan visi dan misi beliau bagi pembangunan sukan berbasikal di negara ini dan perancangan beliau untuk membolehkan sukan berbasikal dikembangkan dengan lebih agresif lagi di peringkat akar umbi.
Semoga bengkel ini dapat menyelesaikan beberapa isu dasar yang melibatkan peranan dan tanggungjawab semua jurulatih dis etiap peringkat.
Monday, June 27, 2011
World Junior Weighlifting Championship 2011
LAPORAN KEPUTUSAN KEJOHANAN LEBUHRAYA KEBANGSAAN 2011, RAUB PAHANG
Saturday, June 25, 2011
KEJOHANAN TINJU PIALA MALAYSIA 2011

Hari terakhir Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2011 di Kompleks Sukan Rakan Muda Jempol bermula pada pukul 7.30 malam dan berakhir pada pukul 10.05 malam dengan mempertandingankan perlawanan akhir bagi  9 kategori. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Presiden PTAM, Tan Sri Hj. Isa bin Dato Hj. Abdul Samad. Keputusan perlawanan akhir adalah seperti berikut:
Kategori 49kg 
1. Mohd Azran (P.Pinang)
2. Mohd Sharil (SEL)
Kategori 64kg 
1. Iswaran (ATM)
2. Hafiz (KDH) - tarik diri
Kategori 81kg 
1. Shukri (ATM)
2. Ahmad Fadli (PRK) - tarik diri
Kategori 46kg 
1. Jaya Raman (ATM)
2. Mohd Faisal (NS)
Kategori 52kg
1. Kamarulzaman (ATM)
2. Mohd Amin (JHR)
Kategori 56kg 
1. Mohd Idaham (SEL)
2. Wan Riduan (ATM)
Kategori 60kg
1. Alnazirul (ATM)
2. Mohd Zailani (PRK)
Kategori 69kg 
1. Sulaiman (JHR)
2. Badrul Hisham (NS)
Kategori 75kg 
1. Rudy (MLK)
2. Mustakim (ATM)
--
ADAM BIN SHAZAN AMIR
Kejohanan Olahraga Terbuka Selangor Bawah 21 Tahun 2011
Turut serta adalah pasukan-pasukan daripada Pelapis Kebangsaan, Serantau serta Negeri. Kejohanan ini dijangka berakhir pada pukul 5 petang esok.  
Azrul Hisyam














