Wednesday, May 7, 2014

KEJOHANAN 2ND MT EVEREST TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2014


ATLET-ATLET TAEKWONDO PELAPIS KEBANGSAAN BERAKSI CEMERLANG DI NEPAL

TARIKH : 3 – 5 MEI 2014
TEMPAT : KATHMANDU, NEPAL

Pada hari kedua kejohanan, dua orang atlet Pelapis Kebangsaan turun ke gelanggang iaitu Muhammad Alif dan Navin A/L Arikrisnasamy. Perlawanan bermula pada pukul 8.20 pagi. Muhammad Alif merangkul pingat perak apabila beliau ditewaskan oleh pemain dari Nepal. Jumlah Fly weight lelaki adalah sebanyak 5 kali. Muhammad Alif menang ke atas atlet dari negara Bangadesh, Nepal, India dan Bhutan. Manakala, Navin ditewaskan oleh pemain dari India pada pusingan pertama. Beliau kalah ketika pusingan  sudden death. Perlawanan ini adalah amat baik sebagai pendedahan kepada atlet pelapis kebangsaan kerana kejohanan ini melibatkan atlet kategori senior sebagai lawan mereka.

Pada hari terakhir menyaksikan seramai 4 atlet Taekwondo Pelapis Kebangsaan turun ke gelanggang. Atlet-atlet yang terlibat ialah Nur Fasha Qistina, Jasmin Nabilla, Khir Amir Salam dan Thava Kumarisha. Nur Fasha Qistina yang memenangi pingat emas turut diiktirafkan sebagai pemain perempuan terbaik sepanjang kejohanan. Beliau menewaskan pemain dari Nepal yang merupakan juara bertahan. Jumlah perlawanan bagi perempuan fly weight adalah sebanyak 3 kali. Manakala Jasmin Nabilla ditewaskan oleh pemain dari Nepal di pusingan akhir. Beliau memenangi pingat perak dan mengalami kecederaan di lutut dan juga bahu. Jumlah perlawanan bagi perempuan bantam adalah 3 kali.

Khir Amir Salam pula memenangi pingat emas dalam kategori light weight. Jumlah perlawanan adalah sebanyak 4 kali. Beliau menewaskan pemain dari Nepal. Khir Amir Salam mempunyai ketinggian yang bagus yang mana memberi kelebihan kepada beliau namun begitu perlu mempertingkatkan stamina. Selain itu, Thava Kumarisha turut memenangi pingat perak. Beliau ditewaskan oleh pemain dari Nepal. Thava Kumarisha juga perlu mempertingkat lagi prestasi dan stamina.

Pasukan Pelapis Kebangsaan berlepas dari lapangan terbang Nepal pada jam 1.30 petang ke Bangkok dan tiba di KLIA pada jam 1150pm setelah transit selama 2 jam di Lapangan Terbang Bangkok.

Elaine Teo
Jurulatih Taekwondo Pelapis Kebangsaan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.