Wednesday, May 21, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ASIAN CYCLING CHAMPIONSHIP 2014, ASTANA KAZAKHSTAN

TARIKH : 20 MEI 2014
TEMPAT : ASTANA KAZAKHSTAN

Hari ini pasukan trek senior dan junior kebangsaan menjalani latihan selama 2 jam di Velodrome Saryanka bermula pada jam 4.00 hingga 6.00 petang. Sesi latihan yang telah diperuntukkan untuk setiap pasukan ialah selama 2 jam bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Turut sama menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan adalah pasukan kebangsaan Taipei.

Cuaca disini pada waktu siang iaitu 14 celcius dan waktu malam pula turun sehingga 2 celcius.
Kesemua pelumba negara telah sampai di Astana dimana pelumba terakhir yang sampai adalah pelumba elit negara Azizul Hasni Awang yang mengambil penerbangan terus dari Melbourne.

Kebanyakkan pasukan telah hadir walaupun secara rasmi jumlah pasukan yang hadir akan diketahui selepas mesyuarat pengurus pasukan pada 21 hb Mei. Dilihat beberapa negara telah hadir antaranya ialah Korea, Japan, Hong Kong, Taipei, Iran, Thailand, Singapura, India, Brunei, China, Uzbekistan, serta Kazakhstan selaku tuan rumah kejohanan.

Velodrome Saryanka ini merupakan Velodrome Class 1 yang berkeluasan 250m yang boleh memuatkan 5 ribu orang penonton. Velodrome ini terletak di kawasan kompleks sukan yang mana jarak dari bandar kira kira 5-7 km. Bandar Astana ini merupakan bandar baru yang terancang yang di bina seakan Putrajaya. 

Penganjuran disini amat baik dan berjalan lancar dimana pihak penganjur telah menyediakan tempat latihan dan penyimpanan stor yang selesa untuk peralatan. Keadaan kesemua atlet berada didalam keadaan baik dan tiada kecederaan dilaporkan.Masseur dibuat pada jam 6.00 petang hingga 10 malam. 

Esok pemeriksaan lesen, jersi dan pengesahan acara akan diadakan pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang dan mesyuarat pengurus pasukan pada jam 5.00 petang.
Sekian laporan dari Astana Kazakhstan

Laporan Oleh,

Azrain Yusof
Pengurus Sukan Pelapis Kebangsaan
Cawangan Pelapis MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.