Tuesday, May 20, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI USPTN KELANTAN

TEMPAT : SMK TIANG CHANDI, PASIR MAS
TARIKH : 15 MEI 2014

Pemantauan PLN Kelantan diteruskan lagi pada 15 Mei 2014 di SMK Tiang Chandi Pasir Mas, Kompleks Belia dan Sukan Panji. Tumpuan sukan pada hari ini ialah Memanah, Tinju, Badminton, Tenis dan Skuasy.

Sukan Memanah 
Seramai 28 atlet dalam program memanah berserta seorang JLN dan JSM yang dilantik untuk mengendalikan latihan. ‎Ketika pemantauan JLN dilaporkan kurang sihat. Peralatan memanah yang digunakan untuk latihan dibeli oleh atlet sendiri dan komitmen ibubapa serta pihak sekolah dalam program ini agak baik. Peralatan yang ada di venue SMK Ting Chandi target butt untuk latihan. Kehadiran atlet juga memuaskan.  

Sukan Tinju 
Sukan Tinju bertempat di SMK Tiang Chandi mempunyai kekuatan atlet seramai ‎35 atlet lelaki dalam di bawah program. Semasa pemantauan kehadiran amat memuaskan. Pihak sekolah sangat memberi sokongan dalam program latihan. En Zulkifli Penolong Kanan Kokurikulam turut hadir bersama ketika pemantauan. 

Sukan Badminton 
40 orang atlet berada di dalam program latihan sukan badminton di mana kebanyakan atlet adalah di dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun‎. Seorang JPM En.Chong Chi How telah dilantik untuk menjalankan program latihan.

Sukan Tenis 

Pusat latihan sukan tenis bertempat di 
Kompleks Belia dan Sukan Panji
Seramai 5 orang JSM dilantik untuk menjalankan program latihan. Semasa pemantauan seramai 10 orang  atlet dalam kategori umur 17-21 tahun ‎sedang menjalani latihan. Di bawah salah seorang JSM iaitu En. Norlan, atlet di bawah program beliau mengadakan latihan berlainan berdasarkan pecahan umur atlet iaitu 10-12 tahun, 13-16 tahun dan 17-21 tahun. 

Sukan Skuasy 
Pusat latihan skuasy berada di Dewan Skuasy MSSK, Kompleks WKF Mek Zainab. Jurulatih dan atlet sedang menjalani latihan di Bukit Jalil.
VIMALAN A/L PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.