Friday, May 23, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ASIAN CYCLING CHAMPIONSHIP 2014 ASTANA KAZAKHSTAN

Tarikh: 22 Mei 2014
Tempat: Astana Kazakhstan

Hari pasukan negara telah memenangi 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Hari ini juga pasukan remaja telah mencipta sejarah bagi acara 1km men junior dimana Muhd Firdaus Mohd Zonis bukan sahaja telah memenangi pingat emas malah berjaya memecahkan rekod remaja asia yang di pegang oleh pelumba Korea iaitu Kang Dong Jin selama 13 tahun dengan catatan masa 1:03.962. Catatan rekod lama adalah 1:04.517 yang dibuat  di Vienna Austria.

Apa yang menariknya lagi pelumba Korea juga telah memecahkan rekod tersebut dengan catatan masa 1:04.266 tetapi dipadamkan hanya 5 minit sejurus Muhd Firdaus membuat kayuhan.

Seorang lagi pelumba  bagi acara ini adalah adiknya Muhd Fadhil Mohd Zonis yang berusia 17 tahun dengan catatan amat baik iaitu 1:07.164 merupakan catatan terbaik beliau walaupun pertama kali mengambil acara ini.

Pingat perak pula disumbangkan melalui trio team sprint men junior dimana mereka berjaya memecahkan rekod remaja kebangsaan dengan catatan masa 46.906 semasa acara kelayakan dan berada di kedudukan tempat kedua. Sebelum ini rekod dibuat di Kejohanan ACC 2013 di India iaitu 48.335. Pasukan Korea berada ditempat pertama dengan catatan 46.274 dengan rekod asian junior lama dipecahkan.

Pusingan akhir  menentukan pingat emas pasukan negara membuat catatan masa 47.177 dan pasukan Korea dengan catatan masa 46.414. Pingat gangsa di perolehi oleh pelumba Elit wanita iaitu Ju Pha Som Net didalam acara point race women elit dengan pungutan mata sebanyak 22. Pingat emas acara ini dimenangi oleh pelumba dari negara Japan  Nakamura Kisato dengan 39 mata dan pingat perak oleh Notasin Chanpeng dari Thailand dengan 26 mata.

Lain-lain keputusan melibatkan pelumba negara untuk hari ini:

Individu Pursuit Men Junior
1. Vassilenkov Roman - Kazakhstan 3:25.233 
2. Min Kyeongho - Korea 3:29.858 
3. Chen Chien Chou - Taipei 3:33.255 
7. Akmal Hakim Zakaria - 3:36.237

Individu Pursuit Women Junior
1. Suzuki Nao- Japan 2:32.007 
2. Yuraits yekaterina- Kazakhstan 2:33.533 
3. Bastidehhkarghani Prassto- Iran 1:19.831 
8. Nurul Alissa Mohd Azman- 2:46.996

Team Sprint Men Elit
1. Korea - 44.917 
2. China- 44.960 
3. Japan- 45.100 
5. Malaysia -45.843    
*Peserta : Azizul Hasni Awang, Muhd Edrus Yunus, Josiah Ng

Sprint Women Junior
Farina Shawati - Layak ke suku akhir

Sprint Women Elit
Fatehah Mustafa - Layak ke suku akhir

Sekian laporan dari Astana Kazakhstan.
Laporan Oleh,
Azrain Yusof 
Pengurus Sukan Pelapis Kebangsaan
Cawangan Pelapis MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.