Tuesday, May 27, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ASIAN CYCLING CHAMPIONSHIP 2014 ASTANA KAZAKHSTAN

Tarikh: 27 Mei 2014
Tempat: Astana Kazakhstan

Hari ini  merupakan hari terakhir kejohanan diadakan untuk acara trek. Sebanyak 8 acara final diadakan dimana pasukan negara berjaya menambah pungutan pingat sebanyak 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa.

Pelumba Program Pelapis Kebangsaan Muhd Firdaus Mohd Zonis telah menunjukkan bahawa beliau berada di dalam kelas yang tersendiri di mana berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lepas dalam acara Keirin Men Junior. Ini merupakan rekod pelumba remaja asia pertama yang berjaya memenangi sebanyak 6 pingat emas didalam kategori junior malah beliau juga berjaya memecahkan rekod asian junior didalam acara 1km Time Trial.

Apa yang menariknya, dua lagi pelumba remaja negara turut layak ke final iaitu adiknya Muhd Fadhil Zonis dan Muhd Shariz Afendi. Kejutan tercipta apabila Muhd Fadhil Zonis berjaya memperolehi pingat perak apabila berjaya menewaskan pelumba sensasi  Korea yang mendapatkan tempat ketiga. 

Kedua pelumba ini baru berusia 17 tahun dan masih boleh bertanding untuk tahun hadapan. Bagi acara keirin wanita junior Farina Shawati berjaya memperolehi pingat gangsa dimana pada acara final beliau berada di tempat keempat tetapi pasukan Korea telah membantah kerana pelumba dari China yang mendapat tempat kedua didapati berada didalam blue band semasa membuat pecutan. Bantahan diterima dan pelumba China di turunkan dan pelumba Korea memperolehi tempat pertama dan kedua dan Farina dinaikkan ke tempat ketiga.

Bagi acara Team Pursuit Men Junior pula, pasukan negara menerusi Muhd Afiq Huznie, Ahmad Muadzzam, Asyraf Naim dan Akmal Hakim telah berjaya menewaskan pasukan Hong Kong didalam penentuan pingat gangsa. Pasukan negara telah berjaya membuat catatan masa 4:22.416 dan berjaya membuat rekod baru remaja kebangsaan yang dibuat di World Junior Championship 2013 di Glasgow dengan catatan masa 4:26.689.

Acara Keirin Men Elit pula 3 orang pelumba negara berjaya layak ke final dan pelumba sensasi negara Azizulhasni Awang memperolehi tempat kedua manakala Josiah Ng tempat ke-4 dan Muhd Shah Firdaus ke-6. Pelumbaan ini amat pantas dimana pelumba dari Jepun yang memenangi pingat emas telah membuat pecutan 10:00 saat.

Secara keseluruhan pada kejohanan pada kali ini standard bagi kategori junior dilihat amat tinggi melalui catatan masa yang di buat, penggunaan gearing dan kelajuan amat berbeza pada tahun tahun sebelumnya.

Pada ACC pada kali ini pasukan remaja telah berjaya memperohi 3 pingat emas, 2 perak dan 2 gangsa manakala pasukan elit memperolehi 1 pingat emas, 1 perak dan 2 gangsa. Dengan jumlah pungutan pingat negara 4 emas, 3 perak dan 4 gangsa.

Perlumbaan lebuhraya pula akan diadakan di Karaganda pada 29 hb Mei yang jarak dari ke tempat tersebut sejauh 200km.

Sekian laporan dari Astana Kazakhstan.

Laporan Oleh,
Azrain Yusof
Pengurus Sukan Pelapis Kebangsaan
Cawangan Pelapis MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.