Thursday, May 8, 2014

KEJOHANAN PING PONG TANGAN BESI, CAWANGAN PELAPIS MSN

KEJOHANAN PING PONG TANGAN BESI, CAWANGAN PELAPIS MSN

TARIKH : 8 MEI 2014
TEMPAT : MAJLIS SUKAN NEGARA

Di tengah-tengah kesibukan bekerja, staff Cawangan Pelapis MSNM tetap meluangkan masa untuk beriadah bersama apabila menganjurkan satu kejohanan kecil ping pong pada hari ini diantara staff Cawangan Pelapis. Kejohanan ini diadakan pada waktu rehat iaitu pada pukul 12.30 petang sehingga 2.00 petang.

Acara double ini dimana setiap pasukan adalah diundi secara adil dengan persetujuan semua staff. Format kalah mati yang diaplikasikan dalam kejohanan mini ini menyaksikan gandingan Azman Abu dan Che Zainab ke semi final bertemu gandingan Syamsul Afzan dan Norishah Sabidi. Manakala Pengarah Cawangan En Jefri Ngadirin dan Sha'if Baharudin bertemu Dinie Suhami dan Wan Cik Shahana. Gandingan Pengarah Cawangan Pelapis Encik Jefri dan Sha'if mara ke final bertemu Syamsul Afzan dan Norishah Sabidi. Persaingan sengit di antara kedua-dua pasukan akhirnya dimenangi oleh pasukan mantap Syamsul Afzan dan Norishah Sabidi.

Aktiviti seperti ini adalah demi mengeratkan hubungan silaturahim diantara pekerja dan mempromosikan budaya bersukan di kalangan staff cawangan Pelapis khususnya dan MSN amnya.


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.