Monday, May 26, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ASIAN CYCLING CHAMPIONSHIP 2014 ASTANA KAZAKHSTAN

Tarikh: 25 Mei 2104
Tempat: Astana Kazakhstan

Hari ini pasukan negara berjaya menambah pungutan pingat untuk negara dengan 2 emas dan 1 gangsa. Kedua pingat emas ini diperolehi menerusi Azizulhasni Awang didalam acara Sprint Men Elit dan Muhd Firdaus Mohd Zonis untuk acara Sprint Men Junior.

Muhd Firdaus Mohd Zonis juga telah mencipta sejarah apabila beliau merupakan pelumba remaja pertama negara yang berjaya memenangi pingat emas 2 tahun berturut turut didalam acara Sprint dan 1km Men Junior. Didalam acara ini juga beliau telah menentang musuh ketatnya iaitu pelumba dari Korea Jung Jaghea yang  juga finalist di ACC India 2014 dan beliau berjaya menewaskannya dengan kiraan 2-0.

Bagi Muhd Shahriz Afendi beliau tewas kepada pelumba Taipei bagi penentuan pingat gangsa. Manakala Fatehah Mustafa pula berjaya menghadiahkan pingat gangsa kepada negara menerusi acara 500 meter Women Elit dengan catatan masa 34.898. Acara ini dimenangi oleh pelumba dari Hong Kong iaitu  Lee Wai Zee dengan catatan masa 34.063.

Josiah ng pula hanya menduduki tempat ke 5 bagi acara 1km Men Elit dengan catatan masa 1:04.266 dan pingat emas dimenangi oleh pelumba dari Korea dengan catatan masa 1:01.879

Esok merupakan hari terakhir kejohanan dimana acara Keirin Men and Women Elit, Junior Team Pursuit Men Junior, serta Point Race Men Junior akan dilansungkan.
Laporan Oleh,
Azrain Yusof
Pengurus Sukan Pelapis Kebangsaan
Cawangan Pelapis MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.