Monday, May 19, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI USPTN KELANTAN


TEMPAT : USPTN KELANTAN
TARIKH : 14 MEI 2014

Pada 14 Mei 2014 yang lalu, satu pemantauan oleh Pegawai dari Cawangan Pelapis, En. Vimalan a/l Palaniappan selaku Pengurus Sukan Pelapis Negeri telah dilakukan di Pusat Latihan Negeri USPTN Kelantan. Beberapa aspek telah dipantau iaitu dari segi pengurusan fail, pusat latihan dan perjalanan latihan.

Dari segi audit 8 fail, beberapa maklumat atlet dan jurulatih yang kurang lengkap telah dikemaskini dan pencerahan telah dilakukan berkaitan dengan kandungan dokumen setelah sesi audit selesai.

Manakala dari segi pemantauan pusat latihan pula, sukan gimnastik artistik, gimrama, olahraga, tenpin bowling serta wushu adalah tumpuan utama pemantauan. Sukan gimnastik yang bertempat di Dewan Gimnastik MSSK, Kota Bharu mencatatkan seramai 37 orang atlet di dalam program dibawah kendalian seorang jurulatih JPM dan JSM. Latihan dijalankan sebanyak 5 kali seminggu dan semua peralatan serta keadaan tempat latihan berada dalam keadaan yang baik.

Bagi sukan Gimrama, pusat latihan juga di Dewan Gimnastik MSSK, Kota Bharu dengan seramai 16 atlet dalam program. Seorang jurulatih JPM telah dilantik untuk mengendalikan program latihan. Semasa pemantauan kehadiran atlet adalah memuaskan. Sukan Olahraga pula bertempat di Trek MSSK Kompleks Wakaf Mek Zainab dimana seramai 20 orang atlet dalam program di PLN tersebut. 3 orang jurulatih JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan.

Sukan Tenpin Boling dijalankan di Pacific Bowl, Kota Bharu dengan seramai 22 atlet dalam program yang telah dipilih semasa pemilihan tahun ini. Seorang JPM dan JSM dilantik untuk menjalankan latihan  iaitu sebanyak  4 sesi latihan di lane dan 2 sesi latihan teori dalam seminggu.

Sukan Wushu pula bertempat di Root Top, Jalan Pengkalan Chepa. Seramai 40 org atlet dalam program dan seorang JSM dilantik mengendalikan latihan. Peralatan baru telah dibekalkan oleh MSN Kelantan untuk atlet Sukma. Seramai 6 Orang telah dipilih untuk mewakili Kelantan ke SUKMA tahun ini.

VIMALAN A/L PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.