Monday, May 19, 2014

KEJOHANAN ACC 2014 ASTANA KAZAKHSTAN


TARIKH : 15 MEI 2014
TEMPAT : ASTANA KAZAKHSTAN

Pada 15 Mei 2014 yang lalu pasukan trek kebangsaan senior dan junior telah berangkat ke Astana Kazakhstan bagi menyertai Kejohanan Asian Cycling Championship 2014 yang akan bermula secara rasmi pada 22 hingga 26 Mei bagi acara trek. Penerbangan menggunakan Astana Air yang mengambil masa kira-kira 10 jam perjalanan ke Almaty dan 3 jam ke Astana. Pasukan tiba di Astana pada jam 8.00 malam waktu Kazakhstan (10.00 malam waktu Malaysia).

Pasukan ini juga diiringi oleh 3 pegawai dari ISN dan juga 2 orang Masseur serta pengurus pasukan En. Ramblay Ibrahim. Pasukan ini menjalani latihan di dalam velodrome bermula pada 16 hingga 18 Mei bagi proses penyesuaian tempat pertandingan yang mana velodrome ini berkeluasan 250 meter dan permukaan kayu serta bertutup.

Berikut merupakan  senarai atlet yang menyertai :

Pasukan Remaja
  1. Muhd Firdaus Mohd Zonis
  2. Muhd Fadhil Mohd Zonis
  3. Muhd Shariz Afendi Mohd Shanaz
  4. Muhd Khairil Nizam Rasol
  5. Muhd Afiq Huznie Othman
  6. Asyraf Naim Ying
  7. Muhd Eiman Firdaus
  8. Muhd Izat Tolha
  9. Ahmad Muazzam Imam Mustafa Kamal
  10. Akmal Hakim Zakaria
  11. Farina Shawati Mohd Adnan
  12. Nurul Alissa Mohd Azman
  13. Nur Azreena Ahmad Jumry 

Pasukan Senior Track Endurance
  1. Muhd Harif Salleh
  2. Muhd Adiq Husainie Othman
  3. Sofian Nabil Omar Mohd Bakri
  4. Hamdan Hamidun
  5. Amir Mustafa Rusli
  6. Muhd Fairet Rusli
  7. Muhd Farid Razali

Bagi kumpulan sprinter elit pula bertolak ke Astana pada 17 Mei sejurus selepas GP track Asean sirkit 3 bersama John Beasley.
AZRAIN MOHAMED YUSOF
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.