Wednesday, May 28, 2014

LAPORAN HARIAN TEMASYA SUKAN MALAYSIA KALI KE-17 PERLIS 2014

SUKMA XVII 2014 PERLIS

TEMPAT : PERLIS

TARIKH : 27 Mei 2104 (Selasa)

Pihak penganjur iaitu negeri Perlis masih dalam usaha bagi memastikan venue bagi sukan akuatik untuk temasya SUKMA Perlis 2014 kali ini boleh digunakan mengikut jadual pada 29hb nanti. Pihak penganjur sedang berkerja keras dengan melakukan kerja-kerja penyediaan secara bertungkus lumus bagi memastikan acara renang dan terjun dapat berlangsung mengikut jadual tanpa sebarang isu dan masalah. 

Pemantauan di beberapa venue pertandingan di sekitar Kompleks Sukan Negeri dan di sekitar bandar Kangar telah diteruskan. Antara sukan-sukan yang telah memulakan acara  pada hari ini ialah sukan Tenis, Lawn Bowl, Badminton, Boling, Angkat Berat dan Sepak Takraw. Kebanyakan pertandingan masih berlangsung di peringkat awal dan kumpulan.

Sementara itu sukan Karate telah pun berakhir pada hari ini di mana negeri Pulau Pinang telah menjadi johan keseluruhan dengan pungutan sebanyak 8 pingat emas.

Bagi sukan Angkat Berat yang berlangsung di IKBN, Kuala Perlis saingan sengit di antara atlet-atlet Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Negeri bagi Kategori bawah 56 kg (Lelaki) di mana atlet Pahang telah berjaya mendapat pingat emas bagi acara Snatch. Manakala bagi acara Clean and Jerk pula atlet Pulau Pinang yang juga merupakan atlet Pelapis Kebangsaan telah berjaya menghasilkan pingat emas pertama bagi sukan ini untuk kontinjen Pulau Pinang. Beliau juga ( Zulhilmie Mohd Fisol) adalah di antara atlet Pelapis yang telah layak ke Temasya Sukan Komanwel di Glassgow nanti.

Turut menjadi tumpuan pada hari ini adalah bagi sukan Karate di mana Kontinjen Brunei telah memperolehi pingat emas pertama bagi acara Kumite Bawah 84 kg (Lelaki).

Pungutan Pingat bagi atlet –atlet Pelapis di Temasya Sukan Malaysia kali ke 17 Perlis 2014 pada 27 Mei (Selasa) setakat jam 5.30 petang adalah seperti berikut :

Pelapis Kebangsaan : 6 Emas, 3 Perak, 0 Gangsa
Pelapis Serantau       : 0 Emas, 0 Perak, 0 Gangsa
Pelapis Negeri           : 7 Emas, 5 Perak, 4 Gangsa
Jumlah Keseluruhan  : 13 Emas, 8 Perak, 4 Gangsa.

Sekian, laporan dari Kangar, Perlis.
Laporan Oleh, 
Mohd Rizal Mohd Radzi
Pengurus Sukan Pelapis Kebangsaan
Cawangan Pelapis MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.