Thursday, May 22, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ASIAN CYCLING CHAMPIONSHIP 2014, ASTANA KAZAKHSTAN

TARIKH : 20 Mei 2014
TEMPAT : Astana Kazakhstan

Sebanyak 13 buah negara telah mengesahan pendaftaran atlet yang dibuat di Velodrome Saryanka. Pasukan negara telah mendaftar penyertaan tanpa sebarang masalah dengan pendaftaran bagi pasukan Senior oleh John Beasley manakala pasukan Junior oleh Junaidi Mohd Nasir.

Mesyuarat pengurus pasukan juga diadakan sejurus pendaftaran dibuat oleh kesemua pasukan. Pada kali ini  pihak Asian Cycling Confederation telah melantik En. Frederik Chan dari Hong Kong sebagai Chief Comissaire. Negara yang menyertai kejohanan ialah Korea, Iran, Japan, Tailei, UAE, Hong Kong, Malaysia, Singapore, Thailand, Uzbekistan, India, China dan tuan rumah Kazakhstan.

John Beasley juga telah membuat perjumpaan bersama jurulatih dari semua negara yang mengambil bahagian bagi mencadangkan 2 wakil jurulatih dari negara Asia untuk perbincangan bersama wakil jurulatih dari setiap benua iaitu dari benua Eropah, Ocenia, Amerika, dan Afrika.

Mesyuarat wakil jurulatih setiap benua ini bagi memberi peluang sebarang usul permasalahan kepada badan persatuan dunia iaitu UCI yang mana banyak terdapat peraturan baru serta pembangunan sukan dunia khususnya di dalam acara trek. Di dalam mesyuarat tersebut kesemua jurulatih telah mencadangkan John Beasley sebagai wakil jurulatih Asia dan dibantu oleh jurulatih dari India dan Japan.

Esok acara akan dimulakan pada jam 9.30 pagi (11.30 pagi waktu Malaysia) dengan 7 acara final dan 3 acara saringan. Berikut adalah senarai nama pelumba negara yang akan bertanding:

Individu Pursuit Women Junior Qualifying
- Nur Alissa Mohd Azman

Individu Pursuit Men Junior Qualifying
- Muhd Afiq Huznie Othman

200M Sprint Women Junior Qualifying
- Farina Shahwati Mohd Adnan
- Nur Azreena Ahmad Jumry

Team Sprint Men Junior Qualifying & Final
- Muhd Firdaus Mohd Zonis
- Muhd Khairil Nizam Rasol
- Muhd Shariz Afendi Mohd Shanaz

Team Sprint Men Elit Qualifying & Final
- Azizul Hasni Awang
- Josiah Ng
- Muhd Edrus Yunus

500M Time Trial Women Junior Final
- Farina Shahwati Mohd Adnan

1km Men Junior Final
- Muhd Firdaus Mohd Zonis

Women Elit Point Race Final
- Ju Pha Som Net

Scratch Women Junior Final
- Nur Azreena Ahmad Jumry

Scratch Men junior final
- Muhd Asyraf Naim Ying

Sekian laporan dari Astana Kazakhstan.
Laporan Oleh,
Azrain Yusof
Pengurus Sukan Pelapis Kebangsaan
Cawangan Pelapis MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.