Friday, December 3, 2010

'11th CHINESE TAIPEI INTERNATIONAL OPEN CHAMPIONSHIP 2010

TAHNIAH!!!

Skuad Tenpin Boling Program Pelapis Kebangsaan (PK) yang beraksi di '11th Chinese Taipei International Open Bowling Championshp 2010' menutup tirai kejohanan ini dengan keputusan yang cemerlang. Kejayaan skuad ini di Asian Olympic Bowling Alley yang terletak di Taoyuan diketuai oleh pencapaian membanggakan Syaidatul Afifah Bt. Badrul Hamidiyang telah muncul sebagai johan bagi kategori Youth Masters 2010. Kejayaan beliau muncul juara bagi kategori Youth Masters pada tahun ini mengulangi kejayaan dua (2) atlet dari Malaysia iaitu Christyn Chew Li Ling (2007) dan Aris Ardila (2008). Syaidatul Afifah melakukan 2297 jatuhan pin untuk mengatasi pemain boling dari negara tuan rumah iaitu Chinese Taipei dengan perbezaan 34 pin keseluruhannya bagi pertandingan yang melibatkan 10 'game' ini. Tempat ketiga hingga kelima dikuasai oleh rakan sepasukan Afifah di Program PK iaitu Khoo Beng Khai (2220 jatuhan pin) diikuti oleh Jonathan Chan Tian Sheng (2206) dan seterusnya Syimir Abd. Razak (2181). Tempat keenam hingga kelapan diisi oleh atlet dari Macau, Chinese Taipei dan diikuti oleh atlet dari Singapura. Kedudukan seterusnya kembali dikuasai atlet 'junior' dari program Pk iaitu Puteri Nadia Kamarul Mahadir (2102) dan Fatin Azmira Khairul Faizi dengan 2094 jatuhan pin. Pencapaian lain-lain atlet PK yang melengkapkan penampilan 8 atlet dari Program PK daripada 16 atlet yang beraksi di 'final' pertandingan ini pada kedudukan ke-14 dan 15 adalah Tan Chien Nan (2007) dan Nur Diana Hussin (1988) dibelakang atlet dari Macau (2092), Singapura (2039) dan Chinese Taipei (2039). Segala penat lelah kelapan-lapan atlet mengharungi pusingan Masters Qualifying (MQ) yang mencabar dan mendebarkan akhirnya membuahkan hasil yang amat membanggakan.... Syabas Malaysia.

Skuad ini dijadualkan akan berangkat pulang ke tanahair pada 4 Disember 2010.

Sekian, laporan dari pengurus pasukan di Asian Olympic Boling Alley,Taoyuan, Taiwan.

Amreen Zaki Johar








No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.