Saturday, December 11, 2010

Kejohanan Asia Beach Games, Moscat Oman

Laporan Hari Kedua kejohanan
 
Laser Radial
Race 3- Harimau Muda mengarang lagi apabila Shafiq mendapat tempat pertama apabila meninggalkan pelayar kedua Thailand 2 boat length dibelakang dan Harisfabillah mendapat tempat kelima.
Race 4- Sekali lagi pelayar Malaysia menjadi perhatian apabila Shafiq mendapat tempat pertama  meninggalkan Pemenang Pingat Emas Asian Games (Kreerati Bualong) ditempat kedua dengan jarak yang jauh iaitu 5 boat length manakala  Harisfabillah menamatkan perlumbaan ditempat ke 16.  Menjadikan keseluruhannya Shafiq di tempat pertama dengan 13 mata dan Haris ditempat kedua dengan 29 mata. Iaitu 1st dan 2nd Malaysia. Mengikuti rapat ditempat ketiga adalah tuan rumah Oman.  Walau bagaimanapun, pemenang pingat Emas Sukan Asia dah mula merapat dari belakang. Pelayar kita akan berusaha mempertahankan kedudukan tersebut.  Kini semangat mereka agak tinggi, dapat member saingan walaupun mereka dari Pasuan Pelapis sahaja, dimana Pasukan Elit Malaysia direhatkan selepas Sukan Asia.
 
Hobie 16                                
Race 3- Pelayar kita menamatkan perlumbaan ditempat ke lapanwalaupun pada suatu ketika berada di tempat terakhir semasa perlumbaan. Ini kerana Kelas Hobie 16 merupakan Kelas baru bagi pelajar kita, mereka baru menyesuaikan diri dengan kelas ini 2 minggu sebelum ke Oman. Dikirakan hebat dengan prestasi mereka ini.
Race 4 – Pelayar kita menamatkan perlumbaan di tempat ke sepuluh walaupun, berada di tempat ketujuh suatu ketika….kesilapan tacking (stop while tack). Keseluruhan kini berada di tempat ke 9.
 
RSX Women
Race 3 dan 4- Geh Cheow Lin kurang memberi saingan kerana merupakan pelayar muda berbanding dengan lain2 negara yang merupakan pelayar Olimpik pun ada,,,tempat keempat kedua-dua race.
 
RSK Men
Race 3- Menduduki tempat ke 8.
Race 4 – Menduduki tempat 9.
Keseluruhan ke 9.   Hanya Berjaya memintas pelayar Pakistan.
 
TECHNO Men and Women.
 
Merupakan pelayar muda dan kurang beri saingan.
 
Sekian laporan saya untuk perlumbaan hari kedua.  Laporan teknikal akan dilaporkan oleh jurulatih. Esok jam 1300 akan diadakan 2 lagi perlumbaan.  Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.