Friday, December 3, 2010

Kem Tahunan Pelapis 2010

Salam 1 Malaysia

2 Dis - Cuaca pagi di hari ke-4 begitu baik dan kesemua atlet dan jurulatih di kem kelihatan begitu ceria. Jam seawal 6.30 pg dimulakan dengan perhimpunan untuk semua atlet,jurulatih dan turut dihadiri rakan-rakan urusetia. Seterusnya, semua bersarapan pagi dan ke venue untuk sesi latihan. Antara program / aktiviti untuk hari ke-4 kem :-

8.00 pg - 12.00 tghari - Ujian kecergasan bagi sukan memanah dan olahraga di ISN manakala sesi latihan bg sukan-sukan lain.

2.00 - 6.00 ptg : Sesi Latihan mengikut sukan.

8.30 - 10.30 mlm : FORUM bersama Pengarah Bahagian Atlet, En Shapawi, Pengarah Cawangan Pelapis, En Jefri Ngadirin dan Atlet-atlet Negara yg terlibat dan memenangi pingat di Sukan Komanwel serta Sukan Asia iaitu :-

1. A.Berat     : Amirul Hamizan Ibrahim - Sukan Komanwel Delhi 2010 - Emas (kategori 56kg)

2. Memanah  : Cheng Chu Sian
- Sukan Komanwel Delhi 2010 - Perak (berpasukan lelaki)

3. Menembak: Nur Ayuni Halim 
- Sukan Komanwel Delhi 2010 - Emas (10m air rifle pairs) bersama Nur Suryani Mohd Taibi & Perak (10m air rifle individu).

4. Terjun: Pandelela Rinong 
- Sukan Komanwel Delhi 2010 - Emas (10m platform) & Perak (10M Platform Synchronised)
- Sukan Asia Guangzhou 2010 - Perak (10m platform synchro) bersama Leong Mun Yee & Gangsa (10m platform individu).

5. Olahraga: Roslinda Samsu
- Sukan Komanwel Delhi 2010 - Rank 10 - 3.95m
- Sukan Asia Guangzhou 2010 - Rank 5 - 4.00m

6. Gimrama: Elaine Koon & NurHidayah
- Sukan Komanwel Delhi 2010 - 1 Emas, 1 Perak & 3 Gangsa (Elaine Koon)

Pada sesi forum ini, kesemua atlet-atlet kem kelihatan begitu teruja dengan kehadiran idola mereka yg telah berjaya sampai ke puncak kegemilangan mereka. Selain itu juga, atlet jemputan turut berkongsi pengalaman dan kejayaan mereka bersama atlet di kem. Tahniah dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa di kem.

Lain-lain : Semua berjalan lancar dan tiada isu dilaporkan.

~Rashleen~

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.