Sunday, December 12, 2010

Laporan Harian SEASA Jakarta



Salam,
 
4 acara telah berlangsung pada hari ini dengan pembukaan bergaya apabila skuad pelapis kebangsaan menyumbangkan 2 pingat emas pada hari pertama pembukaan pertandingan dalam acara 10M Air Rifle Junior Individu dan Team.  Muhd Ezuan NAsir Khan menjadi penyumbang pertama pingat emas dalam acara 10M Air Rifle dalam satu final yang mendebarkan apabila mata pemisah dengan pingat perak hanya 0.1 sahaja.  Beliau hampir memecahkan rekod kebangsaan dalam acara itu dengan catatan rekod 592 (rekod kebangsaan 593). 
 
Bagi acara 50M Pistol pula, Johnathan berjaya melangkah ke final dan telah mendapat tempat ke-7 dari keseluruhan 9 peserta.  Dalam kategori senior, skuad elit gagal menempatkan diri dalam kalangan 8 kelompok terbaik dan keputusan baik hanya diperolehi oleh Muhd Zubair di tempat ke-9 dari 16 penembak senior yang lain.
 
Keputusan penuh pada hari pertama pertandingan (12 Dis 2010)
 
10M Air Rifle (Lelaki) - Senior
 
1. Mohd Zubair Muhammad - 576 (9th)
2. Azlan Johari - 574 (12th)
3. Shahrizal IShak - 571 (16th)
 
10M Air Rifle (Lelaki) - Junior
 
1. Muhd Ezuan NAsir Khan - 592+ 98.2 (Emas)
2. Zaizi Zakaria - 579+95.2 (5th)
3. Mohd Hassanul Azhar - 567 (9th)
 
10M Air Rifle (Lelaki) - Junior - Team - Emas
- Muhd Ezuan, Zaizi dan Hassanul
 
50M Pistol
 
1. Jonathan Wong Guanjie - 522+91.6 (7th/9)
 
Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.