Tuesday, December 14, 2010

KLINIK MEMANAH DAN BERBASIKAL USPTN / SMK SEMATAN PADA 29 HINGGA 30 NOVEMBER 2010





KLINIK MEMANAH DAN BERBASIKAL USPTN / SMK SEMATAN
PADA 29 HINGGA 30 NOVEMBER 2010

Pada 29 hingga 30 November 2010 Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak telah mengadakan Klinik Memanah dan Berbasikal USPTN / SMK Sematan di SMK Sematan. Seramai 35 peserta telah terlibat yang terdiri daripada guru-guru sekolah, atlet USPTN, pegawai ISN, MSNS dan USPTN Sarawak sendiri.
Klinik telah dijalankan selama 2 hari dengan beberapa pengisian daripada ISN Satelit dan jurulatih terlibat. Tujuan klinik tersebut diadakan ialah untuk memperkenalkan sukan memanah kepada pelajar sekolah yang baru hendak menceburkan diri dengan sukan memanah serta menambah pengalaman kepada atlet – atlet USPTN Sarawak yang menjalani latihan di pusat latihan ini.

Akan tetapi, atlet berbasikal tidak dapat menghadirkan diri kerana terlibat dengan kejohanan dan gagal balik ke Sematan pada masa yang dijadualkan.

laporan disediakan oleh:

Awang Fadilah
SDO Sarawak

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.