Sunday, December 12, 2010

Asian Beach Games, Moscat Oman: Sailing update



Salam sejahtera YBhg Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,
 
Laporan Hari Keempat  Kejohanan - 12 Dis 10
 
Angin: 4-6 knot
 
Laser Radial
Race 7 - Hari ini pelayar mengharungi perlumbaan yang penuh dramatic, dimana ketika Shafiq mendahului didepan, dia dikenakan penalty Rule 42 dalam 2nd beat.  Dengan hukuman tersebut Shafiq jatuh di tangga ke lapan.  Dengan berbekalkan semangat yang ada, beliau berjaya mengejar seorang demi seorang sehingga menamatkan perlumbaan di tempat ke 5. Harisfabillah pula pada suatu ketika  sedang mendahului dan dikawal oleh  pelayar Thailand dan Oman, beliau cuba melepaskan diri dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 3.
Race 8- Dalam perlumbaan ini, pelayar Thailand iaitu juara Sukan Asia telah dikenakan penalty Rule 42 dan terus terkeluar dari perlumbaan siri 8 kerana sebelum ini beliau pernah dikenakan penalty yang sama.  Ini membolehkan peluang untuk Shafiq yang masih berkedudukan emas semakin selesa.  Pesaing utamanya seorang lagi pelayar Thailand kini berkongsi mata dengan Shafiq di kedudukan pertama dan diikuti pelayar Pakistan dengan 3 mata dibelakang.  Bagi Harisfabillah pula, beliau perlu menamatkan perlumbaan di tempat ke 2 atau ke 3 dengan berbaki 2 lagi perlumbaan esok untuk membolehkannya dikedudukan pingat di mana dia menamatkan perlumbaan di tempat ke 11.
 
Lain-lain acara kurang menjadi.  Ini kerana seperti laporan saya sebelum ini, hanya acara Laser yang mempunyai sumber yang cukup iaitu peralatan dan jurulatih.  Laporan teknikal akan dilaporkan oleh jurulatih. Esok jam 1300 akan diadakan 2 lagi perlumbaan.  Sekian terima kasih.
 
Note: Perlumbaan ke 9 dibatalka kerana tiada angin.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.