Friday, December 31, 2010

Laporan hari keempat Kejohanan Basslink Tasmanian Christmas Carnival Series 2010/2011






Laporan hari keempat Kejohanan Basslink Tasmanian Christmas Carnival Series 2010/2011
Tarikh:30 Disember 2010
Masa: 3 pm ( 12 pm waktu Malaysia)
Tempat: Devenport Athletic Club, Devonport.

RINGKASAN KEJOHANAN

Kejohanan hari ketiga diadakan di Trek Devenport Athletic Club yang mana keluasan trek 500 meter dan mempunyai lampu limpah yang mana kejohanan ini dapat diadakan sehingga malam.

PENYERTAAN ATLET PELAPIS MALAYSIA.

Hari keempat kejohanan melibatkan penyertaan 9 atlet lelaki dan 1 atlet perempuan.Atlet-atlet ini dibantu oleh jurulatih Malaysia iaitu En. Afandi serta dibantu oleh En. Gary Neiwand dan En Mohammad Zaki selaku mekanik sukan berbasikal pasukan Malaysia. Jurulatih Ghaffuan tidak turut serta pada hari keempat kerana masih lagi tidak sembuh dari demam.

ACARA YANG DISERTAI.
B GRADE WOMEN SCRATCH RACE 7 LAP (jam 3.58 pm)

Pelumba wanita pelapis Malaysia iaitu Ummi Hamimah sekadar memperoleh tempat ke 8 daripada 11 penyertaan pada acara tersebut.

2 KM HANDICAP (jam 4.08)

Acara ini melibatkan 4 pusingan dan pelumba yang mendapat 4 terbaik pada setiap heat akan layak ke peringkat akhir. Penyertaan pelumba lelaki pelapis Malaysia melibatkan Mohd Elmi Jumari, Mohd Fattah, Mohd Fakarruddin, Mohd Ekbar, Mohd Fauzan, Firdaus Suardi, Wan Syazwan, Amirul Anuar dan Mohd Zulhelmi. Hanya 4 pelumba yang melepasi peringkat saringan(heat) iaitu Mohd Fakarruddin( no.2 di heat 2), Mohd Elmi Jumari (no. 4 di heat 1), Wan Syazwan(no. 4 di heat 5) dan Mohd Fattah(no.3 di heat 1). Pada peringkat akhir, Mohd Fakarruddin telah memperoleh tempat ke 5. Penyertaan 20 pelumba pada peringkat akhir.

C GRADE SCRATCH RACE 8 LAP(jam 6.48 pm)

Hanya seorang pelumba pelapis Malaysia yang bertanding untuk acara ini iaitu Firdaus Suardi. Beliau telah memperoleh tempat pertama dengan penyertaan 23 pelumba. Wang tunai yang diperolehi sebanyak $ 140.

B GRADE SCRATCH RACE 10 LAP (jam 7.08 pm)

Acara ini melibatkan penyertaan 21 pelumba. Pelumba pelapis Malaysia yang menyertai acara ini adalah melibatkan Mohd Elmi Jumari, Mohd Fattah, Mohd Fakarruddin, Mohd Ekbar, Wan Syazwan, Amirul Anuar dan Mohd Zulhelmi. Hanya seorang pelumba pelapis Malaysia yang memperoleh kedudukan terbaik iaitu Mohd Fakarruddin memperoleh tempat ke 3 dan wang tunai $ 40.

DEVONPORT WHEEL RACE 3 LAP (jam 8.18 pm)

Pada acara ini, 5 yang terbaik pada setiap heat akan layak ke peringkat akhir.Penglibatkan 9 pelumba pelapis Malaysia iaitu Mohd Fattah, Mohd Zulhelmi, Mohd Fakaruddin, Mohamad Elmi, Mohd Ekbar, Amirul Anuar , dan Wan Shazwan Afiq, Mohd Fauzan dan Firdaus Suardi. Hanya seorang pelumba yang layak ke peringkat akhir iaitu Mohd Fakarruddin. Beliau memperoleh tempat ke 5 dengan penyertaan 20 pelumba.

RUMUSAN

Kejohanan pada hari ini melibatkan 2 pelumba pelapis Malaysia yang memperoleh wang tunai iaitu Firdaus Suardi (C GRADE SCRATCH RACE) tempat pertama $ 160, Mohd Fakarrudin (B GRADE SCRATCH RACE ) tempat ke 3 $ 40. Kejohanan tamat pada jam 10 malam dan kejohanan seterusnya akan berlangsung di Burniey pada 01 Januari 2011 dan ia juga merupakan kejohanan yang terakhir.

Sekian laporan dari Tasmania.



--
Syamsul Afzan Mohd Nor
Unit Pelapis Serantau

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.