Sunday, December 26, 2010

Laporan hari pertama Kejohanan Basslink Tasmanian Christmas CarnivalSeries 2010/2011



Laporan hari pertama Kejohanan Basslink Tasmanian Christmas Carnival Series 2010/2011

Tarikh:26 Disember 2010

Masa: 10 am (7 am waktu Malaysia)

Tempat: Latrobe Bicycle Race Club

 

Ringkasan kejohanan

Kejohanan ini merupakan kejohanan yang diadakan pada setiap tahun di 5 venue utama sekitar Tasmania iaitu bermula di Latrobe (26 Disember 2010, Launceston (28 Disember 2010, Devonport 1(29 Disember 2010,Devonport 2(30 Disember 2010, dan di Burnie (1 January 2011) . Bagi tahun 2010,kejohanan ini merupakan kejohanan yang ke 114. Selain itu, ia juga turut disertai oleh pelumba-pelumba yang bertanding di peringkat antarabangsa antaranya adalah Simon Van Velthon(New Zealand)iaitu pemenang pingat gangsa bagi acara Keirin di Temasya Sukan Komanwel New Delhi 2010 dan Franco Marvulli (Junior World Championship 2010).

Penyertaan atlet Pelapis Malaysia.

Hari pertama kejohanan melibatkan penyertaan 9 atlet lelaki dan 1 atlet perempuan. Selain itu, atlet-atlet ini juga mendapat bimbing dari 2 jurulatih Malaysia iaitu En. Mohd Ghaffuan dan En. Afandi serta dibantu oleh En. Gary Neiwand dan En Mohammad Zaki selaku mekanik sukan berbasikal pasukan Malaysia. Untuk Makluman, En. Gary Neiwand pernah menduduki tempat kedua dalam acara 200m sprint Sukan Olimpik Sydney 2000 dan beliau menggunakan pengalaman beliau untuk membantu pasukan pelapis Malaysia sepanjang kejohanan ini.

  Acara yang disertai.

1km women’s (jam 10.40 am)

Penyertaan 1 atlet perempuan iaitu Ummi Hamimah dan tidak layak pada peringkat saringan.

2 km men’s (jam 11.40 am)

Penyertaan 9 atlet Malaysia iaitu Mohd Fattah, Mohd Fauzan, Firdaus Suardi Mohd Zulhelmi, Mohd Fakaruddin, Mohamad Elmi, Mohd Ekbar, Amirul Anuar dan Wan Shazwan Afiq. Di dalam acara ini hanya 3 pelumba yang berjaya melepasi peringkat saringan yang mana pada setiap saringan(heat),hanya 4 pelumba yang layak peringkat akhir. Pelumba pelapis Malaysia yang layak ke peringkat akhir adalah Mohd Zulhelmi, Mohamad Elmi dan Mohd Fakarudin. Pada peringkat akhir, pelumba pelapis Malaysia iaitu Mohd Zulhelmi telah menjuarai acara ini dengan menewaskan 19 pelumba termasuk pelumba handalan New Zealand iaitu Simon Van Velthon. Hadiah wang tunai sebanyak $ 1200

2 km women’s (jam 12.40 pm)

Penyertaan 1 atlet perempuan iaitu Ummi Hamimah dan tidak layak pada peringkat saringan.

3 km men’s (jam 1.15 pm)

Penyertaan 9 atlet Malaysia iaitu pelumba yang sama bertanding untuk acara 2km men’s.Hanya  3 pelumba yang berjaya melepasi peringkat saringan yang mana pada setiap saringan(heat),hanya 5 pelumba yang layak peringkat akhir. Pelumba pelapis Malaysia yang layak ke peringkat akhir adalah Mohd Zulhelmi, Mohamad Firdaus Suardi dan Mohd Fakarudin. Pada peringkat akhir,  Moh Fakarudin hanya menduduki tempat ke 5 manakala Mohd Zulhelmi dan Firdaus Suardi mendapat tempat ke 8 dan 10.

Acara Keirin(3.10 pm)

1.       Wan Syazwan Wan Anwar
Tempat ke-2 daripada 6 pelumba (heat 1)
2.       Mohd Zulhelmi Zamri
Tempat ke 3 daripada 6 pelumba (heat 3)
3.       Mohamad Elmi Jumari
Tempat ke 3 daripada 7 pelumba (heat 5)
4.       Mohd Fattah Amri
Tempat ke 4 dari pada 7 pelumba (heat 6)

Kesemua pelumba pelapis Malaysia tidak layak keperingkat akhir kerana pada setiap heat hanya seorang pelumba yang terpilih ke peringkat akhir.

Untuk kejohanan seterusnya akan berlangsung pada 28 Disember 2010 di Launceston dan keadaan pasukan Malaysia di sini dalam keadaan baik.

Sekian laporan dari Tasmania.


--
Syamsul Afzan Mohd Nor
Unit Pelapis Serantau

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.