Friday, December 24, 2010

Laporan Kejohanan Basslink Tasmanian Christmas Carnival 2010/2011



Laporan Kejohanan Basslink Tasmanian Christmas Carnival 2010/2011
 
Salam Tasmania,
 
 
24 Disember 2010,seramai 10 orang atlet, 2 jurulatih dan 1 pegawai telah selamat tiba di Tasmania, Australia pada jam 6 pm (3 pm waktu malaysia).

Pasukan berbasikal bertolak dari lapangan terbang KLIA pada jam 9.35 pm (23 Disember 2010) dan tiba di Melbourne pada jam 8.15 am (5 am waktu malaysia).
        
Pada jam 11 am, pasukan berbasikal bertolak dari lapangan terbang Melbourne ke Launceston dan tiba pada jam 12 pm.  Di Launceston, kami di sambut oleh pemilik mini bas dan lori sewa. Setelah selesai beurusan, kami bergerak ke tempat penginapan yang terletak lebih kurang 1 jam setengah dari lapangan terbang Launceston iaitu di Best Western, Bass and Finders motor inn,49 eastland drive, Ulverstone. Jarak masa yang lama diambil terlalu lama adalah disebabkan kami terpaksa mencari jalan sendiri ke tempat penginapan dengan memandu sendiri kedua-dua kenderaan tersebut dan berhenti makan.
        
Sepanjang kejohanan,kami akan dibantu oleh En Mohammad Zaki iaitu mekanik pasukan Malaysia yang telah tiba pada hari ini pada jam 2 pm. Selain itu, En. Gary Neiwand iaitu rakan kepada jurulatih berbasikal Malaysia En. John Baesley akan datang membantu menguruskan pergerakan ke venue-venue kejohanan dan beliau akan tiba pada 25 Disember 2010.
        
Secara keseluruhnya, pergerakan pasukan berbasikal tidak mempunyai masalah dan disertakan no telefon +61410259902 untuk dihubungi semasa di Tasmania Australia. Moga pasukan berbasikal pelapis (pasukan Malaysia) dapat menunjukkan prestasi yang membanggakan sepanjang kejohanan ini.
 
Terima Kasih.
 

--
Syamsul Afzan Mohd Nor
Unit Pelapis Serantau

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.