Sunday, December 5, 2010

Kem Tahunan Pelapis 2010 : Final Day



Salam 1 Malaysia

5 Dis : Kem Tahunan Pelapis telah melabuhkan tirainya pada malam penutup. Pada hari ini, kesemua para atlet dan jurulatih akan mula pulang ke negeri masing-masing setelah mengharungi 1 minggu yang penuh dengan program dan aktiviti. Diharap segala ilmu yang telah dicurahkan oleh para jurulatih kpd atlet akan dapat memberikan satu pengalaman baru dan dapat mempertingkatkan lagi prestasi di masa-masa akan datang.

Jam 8.00 pagi, atlet dan jurulatih mula berkumpul mengikut negeri dan akan pulang ke destinasi di mana akan ditemani bersama jurulatih dan pegawai dari Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN), MSNM. Semoga perjalanan mereka berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasi yg dituju.

Kem Tahunan Pelapis 2010 secara rasminya berakhir. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada kem komanden serta urusetia yg terlibat sepanjang kem. Diharap program sebegini dapat diteruskan bagi pembangunan sukan negara.

~Rashleen~

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.