Wednesday, December 29, 2010

Laporan hari kedua Kejohanan Basslink Tasmanian Christmas CarnivalSeries 2010/2011



Laporan hari kedua Kejohanan Basslink Tasmanian Christmas Carnival Series 2010/2011

Tarikh:28 Disember 2010

Masa: 2 pm ( 11 am waktu Malaysia)

Tempat: Silverdome ,Launceston

 

RINGKASAN KEJOHANAN

Kejohanan hari kedua  iaitu pada 28 Disember 2010 diadakan di Trek Valedrome, Silverdome,Launceston. Valedrome tersebut adalah satu-satunya valedrome indoor yang terdapat di Tasmania yang mana trek diperbuat daripada kayu seluas 285 meter. Penyertaan pelumba-pelumba melibatkan pelumba yang sama bertanding di Latrobe.

PENYERTAAN ATLET PELAPIS MALAYSIA.

Hari pertama kejohanan melibatkan penyertaan 9 atlet lelaki dan 1 atlet perempuan. Selain itu, atlet-atlet ini juga mendapat bimbing dari jurulatih Malaysia iaitu En. Afandi serta dibantu oleh En. Gary Neiwand dan En Mohammad Zaki selaku mekanik sukan berbasikal pasukan Malaysia. Jurulatih Ghaffuan mengalami masalah kesihatan(demam) dan beliau hanya membantu dari segi susunan atlet untuk setiap acara dan berkemungkinan beliau tidak akan turut serta untuk kejohanan hari ketiga di Devonport 1.

 ACARA YANG DISERTAI.
C GRADE ELIMINATION RACE (jam 2.40 pm)

Acara ini mempertandingkan 2 pelumba pelapis Malaysia iaitu Mohd Fauzan dan Firdaus Suardi. Di dalam acara ini, Mohd Fauzan mendapat  tempat kedua daripada 18 pelumba dan telah memperoleh $ 50.
 
LADIES 1000M HANDICAP(3.05 pm)

Acara ini hanya melibatkan satu-satunya pelumba wanita Malaysia iaitu Ummi Hamimah dan beliau tidak dapat meneruskan pelumbaan disebabkan ‘plate shoes patah’.
 
B GRADE SCRATCH RACE (jam 4.05 pm)

Penyertaan 7 atlet pelapis Malaysia iaitu Mohd Fattah, Mohd Zulhelmi, Mohd Fakaruddin, Mohamad Elmi, Mohd Ekbar, Amirul Anuar dan Wan Shazwan Afiq. Di dalam acara ini, Amirul Anuar mendapat tempat kedua daripada 20 pelumba dan memperoleh $ 40.
 
B GRADE SCRATCH RACE (jam 4.40 pm)

Penyertaan 2 atlet pelapis Malaysia iaitu Mohd Fauzan dan Firdaus Suardi. Di dalam acara ini Firdaus Suardi sekadar memperoleh tempat ke 7 dan Mohd Fauzan memperoleh tempat ke 12 dengan penyertaan 18 pelumba
 
LADIES B GRADE ELEMINATION RACE (jam 5.00 pm)

Pemyertaan Ummi Hamimah dalam acara ini yang mana melibatkan 15 pusingan dan Ummi Hamimah terkeluar pada pusingan 9.
 
LIGHTNING HANDICAP 4 LAPS(SARINGAN) (jam 5.05 pm)

Acara ini melibatkan 6 heat yang mana 3 pelumba yang terbaik pada setiap heat akan bertanding di peringkat akhir.

Heat 1.

Mohd Zulhemli  terjatuh semasa membuat pecutan 50 m akhir ke garisan penamat dan tidak layak ke peringkat akhir.

Heat 2.

Mohd Fakarruddin telah mendapat tempat kedua dan layak ke peringkat akhir manakala Wan Syazwan hanya menduduki tempat ke 6. Penyertaan 14 pelumba.

Heat 3.

Mohd Ekbar mendapat tempat pertama dan Mohd Fauzan mendapat tempat kedua.Kedua-dua pelumba pelapis Malaysia layak ke peringkat akhir. Penyertaan 15 pelumba.

Heat 4.

Amirul Anuar mendapat tempat ketiga dan layak ke peringkat akhir manakala Firdaus Suardi tempat ke 9. Penyertaan 14 pelumba.

Heat 5.

Mohd  Fattah mendapat tempat ketiga dan layak ke peringkat akhir. Penyertaan 14 pelumba.
 
LIGHTNING HANDICAP 4 LAPS(AKHIR) (jam 5.05 pm)

Mohd Fakaruddin mendapat tempat kedua dan memperoleh $ 200. Manakala Amirul Anuar tempat ke 4, Mohd Ekbar tempat ke 7, Mohd Fattah tempat ke 8 dan Mohd Fauzan tempat ke 12.
 
LADIES B GRADE SCRATCH RACE JAM 7.15 PM

Ummi Hamimah mendapat tempat ke 5 daripada 12 pelumba.

 

KEIRIN (SARINGAN)(jam 7.35 pm)

Dua pelumba yang terbaik dari setiap heat akan ke peringkat akhir.

Heat 1.

Amirul Anuar tempat kedua, Wan Syazwan tempat ketujuh dan Mohd Fakarruddin tempat kelima. Kesemua pelumba tidak layak ke peringkat akhir. Penyertaan 8 pelumba.

Heat 2.

Mohd Fattah mendapat tempat keempat dan tidak layak ke peringkat akhir. Penyertaan 8 pelumba

Heat 3.

Mohd Elmi Jumari tidak menghabiskan pelumbaan kerana terjatuh semasa pusingan yang terakhir.

 

 RUMUSAN

Kejohanan pada hari ini melibatkan 3 pelumba yang memperoleh wang tunai iaitu Mohd Fauzan  (C Grade Elimination Race) tempat kedua $ 50, Amirul Anuar (B Grade Scratch Race) tempat ketiga $ 50 dan Mohd Fakarruddin (Lightning Handicap 4 laps) tempat kedua  $ 200. Pada kejohanan ini juga, Mohd Zulhelmi dan Mohd Elmi Jumari terjatuh semasa pelumbaan. Mohd Zulhelmi tidak mendapat kecederaan yang series, manakala Mohd Elmi Jumari mengalami kecederaan series yang mana serpihan kecil kayu telah menusuk bahagian paha. Mohd Elmi Jumari telah dihantar ke hospital untuk membuang serpihan kayu tersebut dan beliau tidak akan turun bertanding untuk kejohanan pada esok hari (29 Disember 2010). Kejohanan tamat pada jam 11 malam.


Sekian laporan dari Tasmania.

--
Syamsul Afzan Mohd Nor
Unit Pelapis Serantau
Cawangan Pelapis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.