Wednesday, December 1, 2010

LAPORAN DARI TAIWAN - '11th CHINESE TAIPEI INTERNATIONAL OPEN CHAMPIONSHIP 2010'





Salam 1 Malaysia,

29 November 2010 (Isnin)
Skuad Tenpin Boling Program Pelapis Kebangsaan yang terdiri daripada dua (2) orang pegawai pasukan serta lapan orang atlet (empat (4) atlet lelaki dan empat (4) atlet wanita bertolak ke KLIA untuk melengkapkan misi terakhir penyertaan pertandingan luar negara bagi tahun 2010 dengan mengambil bahagian di dalam '11th Chinese Taipei Internationl Open Championship 2010' yang diadakan pada 30 November hingga 4 Disember 2010 di Asian Olympic Bowling Alley, Touyuan, Taiwan.

Skuad ini berangkat dari KLIA dengan penerbangan pesawat Cathay Pacific pada jam 5.45 petang. Perjalanan mengambil masa 3 jam 45 minit untuk sampai ke Hong Kong sebelum diteruskan ke Taiwan Touyuan International Airport. Pesawat mendarat pada jam 11.55 malam (waktu tempatan) dan suhu di Touyuan dilaporkan sekitar 19 darjah celsius.

Atlet diberikan taklimat tentang program dan jadual pertandingan esok oleh jurulatih dan pengurus pasukan setelah tiba di Hotel Kuva Chateau.

Skuad ini dianggotai oleh:-
Jurulatih
Azidi Bin Ameran

Atlet Lelaki
Syimir Abdul Razak
Khoo Beng Khai
Jonathan Chan Tian Sheng
Tan Chien Nan

Atlet Wanita
Syaidatul Afifah Bt. Badrul Hamidi
Nur Diana Bt. Hussin
Fatin Azmira Bt. Khairul Faizi
Puteri Nadia Bt. Kamarul Mahadir


30 November 2010 (Selasa)
Pegawai pasukan telah ke Asian Olympic Bowling Alley pada jam 9.00 pagi untuk sesi pendaftaran pemain serta meninjau venue pertandingan.

Penyertaan skuad ini bagi acara MQ akan bermula pada jam 4.00 dan 5.30 petang ini.
Sekian dahulu laporan dari pengurus pasukan di Touyuan, Taiwan...



AMREEN ZAKI HJ. JOHAR
PENGURUS PELAPIS KEBANGSAAN

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.